in

Malam Seni & Puisi Islami Numera

[dropcap]K[/dropcap]hamis, 15 November 2012 jadi tarikh Nusantara Melayu Raya meraikan Awal Muharam 1434 dengan sidang media SENI ISLAM : Malam Seni & Puisi Islami Numera yang terlangsung gemalai sederhana dan indah di kamar Imam Al Bukhari, Masjid Abdul Rahman Auf yang juga bakal jadi medan pemuisi dan artisan mengalun lagu memuji Allah dan Rasul.

Malam Seni & Puisi Islami Numera

[pullquote align=”right”]Menjadi tumpuan petang itu; presiden Nusantara Melayu Raya – SN Dato’ Dr. Ahmad Khamal Abdullah yang mempengerusi sidang media, bersama kumpulan Saffiya, GLP (Grup Lagu Puisi), Umar Uzair & Dr. Ibrahim Ghaffar.[/pullquote]

SENI ISLAM ini juga dilaksanakan selaras dengan usaha dunia dalam mengekal kehormatan Islam sebagai agama yang mulia serta usaha berterusan untuk mengantarabangsakan bahasa dan sastera Melayu selain meningkatkan apresiasi dalam kalangan sasterawan dari negara Nusantara terhadap warisan Islam dan Bahasa Melayu selain menjalinkan rangkaian insan yang menghargai suasana kedamaian melalui kerjasama kebahasaan dan kesusasteraan bersama tokok sasterawan dari pelbagai negara.

Malam Seni & Puisi Islami Numera

Seramai kurang lebih 20 pemuisi dan artisan dari Malaysia, Singapura, Thailand & Indonesia termasuk Ketua Pengarang Berita Harian, Dato’ Mior Kamarul Shahid, AGI, Djamal Tukimin, Prof. Dr. IrWan Abu Bakar, Sastry Bakri, TALENTA dari Padang bakal berkampung di Kuala Lumpur dengan baris-baris puisi Islami yang bertema ‘Puisi Islam Untuk Dunia’ selama dua hari di Dewan Za’ba, UPM, Serdang pada hari pertama 28 November 2012 dan Dewan Al-Ghazali pada hari kedua 29 November 2012.

Dr. Fazilah Husin dalam ucapannya; “Pihak Fakulti Bahasa dan Komunikasi Moden berbesar hati menerima kunjungan Numera kerana belum ada kolobrasi badan NGO seumpama ini dibuat bersama UPM.”

“Kata sesetengah orang; penyair adalah pengikut kepada kumpulan yang sesat. Semoga program yang mulia ini meluluskan kepada kesesatan itu” Kata Dr. Ibrahim Ghaffar dalam duduk kerusinya di sidang media sebelum menyambung.

“Ahli kumpulan Saffiya tidak dilahirkan sebagai Islam tetapi pintu hatinya telah diberi hidayah untuk mendakap Islam. Walaupun mendapat tentangan yang hebat dari seluruh keluarganya pada awal keinginanya, berkat kesabaran dan kecintaannya terhadap agama ini, sedikit demi sedikit keluarganya juga sudah mula mendekati Islam.”

Niat yang indah begini akan terus dipacu dalam program yang tinggi melalui seni pembacaan puisi dan lagu kepuisian.

Malam Seni & Puisi Islami Numera

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

End of the World Specials Premiere

Poh Kong Cari 12 Pasangan Bercinta Yang Akan Berkahwin