in

Malam Gala We Care 052008 di Zouk KL

Malam Gala We Care 052008 – 4 Julai 2008.

Malam Gala We Care yang telah berlangsung secara besar-besaran ini menandakan upacara penutupan kempen kutipan derma We Care 052008 yang telah berlangsung selama hampir sebulan dan secara keseluruhan, sambutan yang di berikan pada malam besejarah tersebut begitu memberangsangkan sekali.

Raja Riza (Honorary Secretary), Mr. Cher (Executive Director ZOUK), Joanne Kam Poh Poh (Entertainer) & Ms. Yean Ng (Head Of Business Development ZOUK)

Malam Gala ini telah menyaksikan penampilan istimewa dari penghibur terkenal tanah air; Joanne Kam Poh Poh (Boom Boom Room) di mana beliau di temani barisan selebriti Malaysia yang lain seperti Douglas Lim, Susan Lankester, Ash Nair, Malik Taufiq, Ina Fabregas dan barisan penari-penari hebat Joanne sendiri. Mereka yang hadir pada  malam tersebut juga di hiburkan dengan sajian muzik terkini dari residen DJ Zouk sendiri; DJ Luqe dan DJ Ray Rox di mana mereka telah memutarkan lagu-lagu berentak R&B dan Hip Hop sepanjang malam tersebut.

Selain daripada itu, salah satu sebab utama yang membantu kepada kejayaan Malam Gala tersebut adalah apabila mendapat persetujuan dari Riche Monde dan Guinness Anchor Berhad untuk menjadi penaja utama dengan menyumbangkan beberapa ‘Botol (Produk Alkohol)Keluaran Terhad’ untuk di jadikan barang lelongan pada malam tersebut. Hasil penjualan setiap produk itu juga di salurkan kepada MERCY Malaysia.

Dan apa yang sudah pasti, kehadiran barisan juruhebah dari Hitz.FM, Lite FM, MY FM, Mix FM juga berjaya memeriahkan lagi malam istimewa tersebut. Ini termasuklah Adam C, Jason Phang, Jin, Pietro, Sham, Non & Rex, di mana setiap mereka ini telah bertindak menjadi pelayan (server) Zouk pada malam tersebut dan juga bersetuju untuk membuat persembahan spontan lagu YMCA bersama Joanne Kam Poh Poh. Barisan juruhebah wanita pula yang hadir pada malam tersebut termasuklah Natalie Kniese, Mei Yan, Jay dan Serena C (yang juga bertindak sebagai pengacara pada malam tersebut bersama dengan Pietro).

Raja Riza of Mercy M’sia

Kini, secara rasminya berakhirlah sudah kempen kutipan derma ‘We Care 052008’ di Zouk KL. Buat julung-julung kalinya Zouk mengadakan kempen sebegini rupa dan usaha murni yang kami usahakan ini berjaya mendapat sambutan yang cukup membanggakan apabila banyak pihak bersetuju untuk menjadi sebahagian dari kempen ini. Ini termasuklah Tony & Guy Hairdressing, Johnnie Walker, Hennessy V.S.O.P., Smirnoff, Belvedere Vodka, Grand Marnier, Guinness, Pepsi, Magic Color Sdn. Bhd. dan DoremiSound & Light Sdn. Bhd. MERCY Malaysia yang terlibat secara langsung dengan kempen ini pula menjadi Badan Bukan Kerajaan (NGO) eksklusif yang akan menyalurkan dana kutipan kepada kedua-dua buah negara yang terlibat (China dan Myanmar).

Dan jutaan terima kasih juga kepada stesyen-stesyen radio di ASTRO (Hitz, Lite, Mix dan My FM) di atas usaha-sama membantu mempromosikan kempen We Care ini. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada para-para pekerja Zouk dan pihak pengurusan Zouk yang bertungkus lumus memastikan kejayaan kempen ini.

Dengan ini, kami dengan bangganya ingin mengumumkan jumlah kutipan derma sepanjang lebih kurang sebulan berlangsungnya kempen ‘We Care 052008’ ini di Zouk KL. Ia adalah
RM 30, 487.21 dan kami berharap hasil dari usaha murni ini sedikit sebanyak mampu membantu mangsa kedua-dua buah negara ini.

“Kami begitu berterima kasih dengan setiap sumbangan ikhlas dari pelbagai pihak, termasuklah para pengunjung Zouk sendiri, rakan-rakan perniagaan kami dan tidak di lupakan kepada setiap kakitangan Zouk yang telah bertungkus-lumus menjayakan kempen We Care 052008 ini. Kutipan yang di buat ini cukup membanggakan sekali! Hasil dari penjualan ‘pin badges We Care’, kutipan dari penjualan meja pada Malam Gala, sumbangan dari pelbagai lapisan pihak termasuklah kakitangan Zouk yang dengan ikhlas memberi sumbangan berbentuk potongan gaji mereka selama sehari dan juga sumbangan ikhlas dari rakan-rakan perniagaan yang ada di luar sana telah membuatkan kami berjaya mengutip sehingga RM30, 487.21 secara keseluruhan”, jelas Pengarah Eksekutif Zouk; Cher Ng.

“Kami begitu teruja sekali apabila MERCY Malaysia memberikan persetujuan untuk menjadi badan yang bertanggungjawab menyalurkan hasil kutipan derma kepada kedua-dua buah negara yang terlibat. Kami percaya dengan adanya kempen sebegini rupa, ia akan memberi satu ruang yang cukup bagus sekali untuk kami melangkah lebih jauh lagi dalam program kemasyarakatan dan seterusnya memberi satu pembukaan yang cukup bagus untuk Zouk yang akan melalui satu fasa pengubahsuaian kelab pada bulan Oktober 2008 ini”, tambah Cher lagi.

Di bawah adalah petikan dari wakil MERCY Malaysia bagi keseluruhan kempen ini:

‘MERCY Malaysia adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (di peringkat antarabangsa) yang di berikan kepercayaan untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Irrawady Delta, Myanmar (salah sebuah kawasan penempatan yang teruk di landa Cyclone Nargis). Kami akan terlibat secara langsung dalam membantu membina kembali 5 buah pusat kesihatan (di kawasan kampung) dan 15 buah pusat kesihatan (di kawasan hujung-hujung kampung). Ini termasuklah juga dengan mengadakan klinik-bergerak mahupun membina klinik sementara di kawasan Delta. Selain daripada itu, kami juga akan membeli keperluan ‘hygiene kit’ bagi setiap mangsa yang terlibat. Terlebih dahulu, kami perlu memastikan jika mereka masih lagi memerlukan bantuan berbentuk sedemikian kerana pada kebiasaannya ia akan di perlukan ketika fasa kecemasan (kejadian) sahaja.

Setiausaha Agung Mercy Malaysia; Raja Riza Shazmin Raja Badrul Shah yang hadir pada majlis penyerahan cek bagi kutipan kempen We Care 052008 di dalam upacara Sidang Akhbar yang berlangsung di pejabat Mercy Malaysia sendiri hari ini telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Zouk Kuala Lumpur di atas inisiatif yang di ambil untuk membantu kedua-dua buah negara. “Mercy Malaysia cukup berbangga sekali apabila Zouk mencadangkan untuk membantu mangsa-mangsa gembu bumi ini dengan mengadakan We Care 052008 kempen di premis mereka. Kempen yang berlangsung hampir sebulan ini sedikit sebanyak mampu membantu kami membeli keperluan perubatan bagi kedua-dua buah negara yang terlibat. Usaha murni Zouk ini harus di puji dan seterusnya membuktikan bahawa rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama tidak teragak-agak membantu sesiapa sahaja mereka di luar sana yang memerlukan pertolongan”, jelas Raja Riza.

“Beralih kepada negara China pula. Mereka ada menyatakan bahawa mereka tidak lagi memerlukan bantuan berbentuk tenaga kerja untuk membantu buat ketika ini. Tetapi apa yang di perlukan adalah dalam bentuk material seperti khemah dan selimut”, tambah beliau lagi.

[tags]berita zouk, perasmian sukan olimpik, photo sport, result olympic, daily news, launching olymipic china, olympic 2008, raja riza, mercy, we care[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Segalanya Cinta Single Pertama Siti Saida

Perlawanan Bowling Piala Apa-Apa Aje & Remaja