in ,

MAKYUNG RAJA BESAR SENYANYA DI ISTANA BUDAYA

PERSEMBAHAN PEMBUKA PANGGUNG
PROGRAM 2009 ISTANA BUDAYA

MAKYUNG RAJA BESAR SENYANYA

9 – 11 JANUARI 2009
LAMBANG SARI, ISTANA BUDAYA
8.30 MALAM

TIKET
RM10, RM20 & RM30

Tarikh Persembahan
9 – 11 JANUARI  2009

Masa Persembahan
8.30 Malam

Tempat Persembahan
Lambang Sari, Istana Budaya

Tiket:
RM10, RM20 & RM30
Tempahan/Maklumat lanjut, hubungi:
BOX OFFICE
ISTANA BUDAYA
JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR
Tel:  03-4026 5558  

Laman Web: www.istanabudaya.gov.my

Waktu Operasi: 
9.00 Pagi – 6.00 Petang (Hari Bekerja)
9.00 Pagi – 1.00 T/Hari   (Sabtu)

Pembelian Tiket (Online)
www.ticket2u.biz    Tel: 03-4149 8600

SINOPSIS RINGKAS

Raja Besar Senyanya bakal membawa kisah anak Raja Gondang yang terkenal dalam genre makyung dan seringkali dipersembahkan kepada golongan di-Raja serta aristokrat. Persembahan ini berkisar kepada kisah Raja Besar Senyanya, ayahanda anak Raja Gondang yang kecewa apabila dikurniakan putera dengan rupa fizikal siput gondang. Beliau yang marah dengan kejadian tersebut menghalau permaisurinya dengan tuduhan bahawa permaisurinya berlaku curang.

SINOPSIS
Cerita Raja Besar Senyanya merupakan kisah awal mengenai Cerita Anak Raja Gondang. Kisah bermula di Negeri Serendah Si pagar Ruyung di bawah pemerintahan Raja Besar Senyanya yang sedang menantikan kelahiran anak sulungnya hasil perkahwinan baginda dengan Puteri Gak Petera. Sebagai persiapan sekiranya menimang seorang putera, maka baginda Raja Besar Senyanya telah keluar berburu ke hutan mencari Gajah Putih Gading Hitam. Semasa dalam perburuan Puteri Gak Petera telah bersalin, tetapi melahirkan seekor Siput Gondang.

Setelah Raja Besar Senyanya sampai di Istana, baginda terkejut dan amat murka kerana melihatkan anaknya bukan manusia, lalu menuduh Puteri Gak Petera ada hubungan sulit dan menghalau puteri tersebut keluar dari Istana.

Puteri Gak Petera bersama anak gondangnya membawa diri dan mendapat perlindungan dari Wak Pakil Jenang, seorang bekas pekerja Istana. Semasa menumpang di rumah Wak Pakil Jenang, beliau mengarahkan Wak Pakil Jenang menjaga anaknya ketika beliau keluar bekerja. Akhirnya apabila tiba saat dan ketika, siput gondang pun menetas dan keluar seorang putera dari gondang tersebut.

Apabila Puteri Gak Petera pulang beliau mendapati gondangnya kosong. Lalu berlakulah salah faham antara puteri dan Wak Pakil Jenang. Anak Raja Gondang menceritakan hal yang sebenar kepada bondanya iaitu Puteri Gak Petera. Anak Raja Gondang meminta izin untuk keluar bermain bersama-sama dengan anak-anak Mak Inang. Maka bermulalah pengembaraan Anak Raja Gondang mencari ayahandanya.

BARISAN PELAKON, TENAGA KREATIF DAN PEMUZIK
MAKYUNG RAJA BESAR SENYANYA

1.
FATIMAH BT ABDULLAH
PENASIHAT/ PENGARAH

2.
ROSNAN BIN ABDUL RAHMAN
RAJA BESAR SENYANYA

3.
SHARIAH AHMAD
PUTERI GAK PETERA

4.
SAMSURAYA SULAIMAN
ANAK RAJA GONDANG

5.
ROMLI ABDULLAH
PERAN TUA

6.
MUHAMMAD BIN MD NOOR
PERAN MUDA

7.
BARAT ANAK ENCHAN
WAK PAKIR JENANG

8.
MOHD NIZAM ELIAS
WAK PETANDA RAJA

9.
ROSLAN HARUN
WAK JURA PEMIKAT

10.
NORSIAH MOHD YATIM
JURULATIH TARI/INANG

11.
AZIZAH ABD AZIZ
INANG

12.
ROSZILAWATI ABD RAHIM
INANG

13.
HANIPAH HAIRI
INANG

14.
ZALINA YAN
INANG

15.
SHARIFAH RAHAH SYED MUSTAFFA
INANG

16.
NORSIAH MD YATIM
INANG

17.
HASHIMAH LEMAN
INANG

18.
ANIZA BAHAROM
INANG

19.
SITI NORHABSAH SHEIKH AHMAD
INANG

20.
HASLINDA ABD MANAP
INANG

21.
ABDUL MALEK OSMAN
ANAK-ANAK MAK INANG

22.
ZAMRI MOHAMAD
ANAK-ANAK MAK INANG

23.
AB WAHAB OTHMAN
PEMUZIK (GENDANG IBU)

24.
IBRAHIM SENIK
PEMUZIK (VOKAL)

25.
CHE FAUZI CHE ABDULLAH
PEMUZIK (GONG)

26.
MOHAMAD DAHARI CHE SEMAN
PEMUZIK (GENDANG ANAK/SERUNAI)

27.
MOHD NAWI JUSOH
PENYELARAS MUZIK (GEDUK)

29.
AHMAD RAZLI AYUB
PEMUZIK (REBAB)

30.
MOHD. NASRUL YAHYA
PEMUZIK (CANANG)

31.
ASRUL AMRI MOHAMAD
PEMUZIK (KESI)

Korang tau apa itu Makyung?

Makyung – kesenian tradisional Malaysia ini telah diangkat menjadi warisan dunia dan dianggap sebagai ‘Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity’, merupakan pengiktirafan tertinggi warisan dunia bagi kategori seni budaya oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 25 November 2005.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

WULAN KEMBALI MULAI 13 JANUARI 2009 DI TV2

Gambar Majlis Akad Nikah Zaffrina Penyampai Suria FM