Menurut pemilik nama Muhammad Azzammudin Lop Hisham,23, ini, pengalaman berlakon dan menyanyi adalah dua cabaran yang sangat berbeza dalam karier seninya.
Kata Azzam lagi, jika berlakon dia perlu lebih tenaga kerana harus mendalami watak dengan lebih baik.
Jelasnya lagi, dia bakal bergandingan dengan rakan Big Stage-nya dahulu iaitu Usop dan Qody Rany dalam sebuah telefilem bertajuk Matilanak Pontianak.
“Bagi saya, nyanyian dengan lakonan memang sangat berbeza. Kalau berlakon ini agak mencabar sikit sebab perlu buat berulang kali.
Selain itu saya kena mendalami watak dan paling penting tenaga perlu lebih. Untuk telefilem ini, memang mencabar sebab bergandingan dengan Usop dan Qody. Sebab personaliti mereka yang suka gurau dan tak serious tapi kami tak kekok. Pengarah juga banyak membantu,â€
– Azzam Shah
Menurut Azzam, dia masih lagi menjalani penggambaran telefilem tersebut dan dijadualkan akan didtayangkan pada 6 Disember nanti.
Dalam pada itu, juara program Idola Kecil tahun 2009 ini turut meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk berlakon lagi setelah sekian lama. Dia turut tidak menolak jika ditawarkan dengan lebih banyak rezeki untuk berlakon dan mengacara jika diberi peluang.