Walaupun sering ‘dimewahkan’ oleh ibunya dalam kehidupan, remaja berusia 15 tahun itu disifatkan sangat merendah diri dengan perwatakan bersahaja, malah disenangi warganet di media sosial.
Terbaru, pemilik nama Nur Edlynn Zamillen itu memuat naik sebuah posting di laman Instagram ketika melakukan ‘photoshoot’ bersama Pinography atas urusan kerja.
Tampil dengan gaya rambut keriting sambil ‘berposing’ di hadapan kamera, Cik B meraih pujian ramai yang diberikan melalui ruangan komen di laman Twitter.
Rata-rata terpegun dengan kecantikan Cik B yang dikatakan persis model antarabangsa selain mengakui hampir tidak mengenali remaja berkenaan kerana kelihatan lebih matang.