Kecantikan selebriti dan usahawan hebat, Neelofa memang tidak dapat disangkalkan lagi. Wajah yang persis kacukan Arab itu semenangnya sering mendapat pujian netizen.
Terbaru, usahawan berusia 32 tahun itu berkongsi posting memaparkan dirinya mengenakan jubah berwarna putih dan dipadankan dengan tudung bawal berwarna ungu lembut.
Posting tersebut memaparkan penampilan Neelofa kelihatan agak berbeza kerana mengenakan tudung bawal bersama niqabnya.
Sebelum ini jika diperhatikan, wanita yang fasih berloghat Kelantan itu gemar mengenakan selendang panjang berbanding bawal.
Meskipun tudung bawal tersebut antara koleksi terbaru keluaran jenamanya, dia tetap menerima pujian rakan artis dan peminatnya yang begitu teruja selain memuji Neelofa kelihatan begitu manis sekali.
Memang cantik manis Neelofa ini. Pakai apa pun tetap sedap mata memandang dan tidak jemu melihatnya. Semoga Allah sentiasa permudahkan segala urusan. Amin!
Di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan bekas pengacara MeleTOP itu apabila manis dan ayu apabila mengenakan tudung bawal.
“Cantiklah pakai bawal purdah macam ni,†komen seorang wargamaya.
“Ya Allah cantiknya akak pakai tudung bawal,†puji seorang wargamaya.
“Kalau harimau tengok mesti menangis,” usik seorang wargamaya.
“Cantiknya Neelofa pakai tudung bawal labuh,†kata seseorang wargamaya.
“Neelofa with bawal really hits different, lawa betul,†tulis seorang wargamaya.
“Bawal wehh bawal, cantiknyaaaa,†ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir suku juta tanda suka daripada pengikutnya.