in

Makbul Musim 2 Selongkar Kisah Tentang Doa

Makbul Musim 2 Kongsi Lebih Banyak Kisah Tentang Doa Temui Penonton TV2

Kesinambungan drama keagamaan yang mengangkat cerita tentang doa, Makbul yang pernah menemui penonton setia RTM tahun lalu diteruskan dengan musim ke-2 yang telah pun bermula tayangan pertamanya mulai 15 Mac lalu, setiap Khamis, jam 9.00 malam menerusi TV2.

Mengekalkan pelakon utamanya Dato’ Jalaluddin Hassan, Kartina Aziz, Yushazazi Yusof, Prof.Samad Salleh, Khatijah Tan, Abu Bakar Juah, Zulkifli Ismail, Sheila Mambo, Wan Maimunah dan Zakaria Yusof, drama bersiri 13 episod terbitan Unit Drama TV ini turut menyaksikan kemunculan keluarga baru yang menyerikan lagi siri ini iaitu Rafidah Ibrahim, Yatt Hamzah, Tania Zainal, Khatijah Tan dan Fadhil Dani.

Yushazazi Yusof bergandingan dengan Rafidah Ibrahim bawa watak utama dalam Makbul 2

Menerusi episod akhir musim lalu, drama ini merungkai jawapan terhadap segala peristiwa yang telah berlaku di mana apabila konflik sampai ke kemuncaknya, Anuar bersembunyi dari orang-orang kampung di rumah Bol. Dia bertanyakan kepada Bol apakah yang didoakan Bol semasa berada di Mekah. Bol memberitahu bahawa dia mendoakan agar tiga doa yang didoakan oleh Encik Anuar dimakbulkan dengan syarat doa itu haruslah dalam satu nafas.

Musim terbaharunya pula mengisahkan keterujaan Bol yang bersikap ‘lurus bendul’ terhadap doa yang dipanjatkan Anuar ketika berada di depan Kaabah supaya jodoh untuknya dimakbulkan Allah. Datuk Kahar cadangkan pada Anuar agar melantik jurutera baru. Datuk Burhan dan Datin Zurina berpakat untuk bantu tadika kampung.
Sementara itu, Bol sibuk mencanang satu kampung bahawa dirinya akan berkahwin kerana yakin doa Anuar di depan Kaabah tentang jodohnya akan termakbul. Namun dia digelakkan oleh Kiah yang percaya tiada siapa ingin menjadi isteri Bol. Pak Imam tawarkan kepada AJK Masjid siapa yang mahu bermenantukan Bol namun semuanya menolak.

Ketika itu muncul Suzana yang kemudiannya mengisi kekosongan jawatan jurutera yang ditawarkan oleh Anuar. Hanum pula diterima menjadi guru tadika di kampung mereka. Bol ternampak Hanum di tadika dan mula tertarik padanya. Bol seronok apabila Hanum mengajaknya belajar menulis dan membaca di tadika.

Anuar cuba meyakinkan Suzana tentang peranan doa dalam diri setiap muslim kerana gadis itu kurang yakin doa seseorang itu akan dimakbulkan Allah. Hubungan Anuar dan Suzana kemudiannya menimbulkan perasaan kurang senang Jamiah, isteri Anuar.

Penghulu cuba membuat transformasi kampung mereka termasuklah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan kampung. Kehadiran samseng kampung, Rafidi mencetuskan kegusaran penduduk kampung hinggalah satu hari Bol cedera teruk dipukul oleh Rafidi kerana dia mempertahankan Hanum.

Sejak itu Hanum menyedari keikhlasan Bol dan sudi untuk bernikah dengannya. Rafidi pula serba salah kerana rombongan pihak Burn yang mahu melamar adiknya, Nini membatalkan niat menjodohkan mereka dengan alasan Nini adik kepada seorang samseng.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Termakbulkah hasrat Bol menikahi Hanum atau sebaliknya? Saksikan drama sarat pengajaran ini hanya di TV2.

Yushazazi Yusof dan Kartina Aziz

babak dalam Makbul 2

babak menarik dalam Makbul 2

aksi Bol dalam Makbul 2

Yushazazi Yusof dan Rafidah Ibrahim bawa watak utama dalam Makbul 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mythical Creatures Universal Channel’s GRIMM

Dragon Muay Thai Gym Grand Opening