in

Misi Mak Cun Ke New York Pun Bermula

April ini, TV3 membawakan dua drama bergenre komedi untuk menghiburkan hari anda. Drama Mak Cun menerusi slot Dahlia yang sudah memasuki musim ke empat bermula 7 April ini, melakar sejarah tersendiri apabila telah berjaya ke “New York Fashion Week”! Mak Cun musim baharu ini menghimpunkan ramai pelakon dan penyanyi hebat seperti Erra Fazira, Ziana Zain, Dato’ Awie, Syamel dan Aiman Tino. Satu lagi drama baharu yang bakal bersiaran menerusi slot Iris mulai 9 Julai ini, Suamiku Mat Piun pula pastinya menggeletek hati anda dengan telatah gila-gila Sharifah Sakinah dan Along Cham yang memegang watak utama sebagai suami isteri. Drama-drama ini turut boleh ditonton di portal video tonton iaitu tonton.com.my.

44

Misi Mak Cun Ke New York, Along Cham Pula Berangan Nak Jadi Pelakon Popular?

SLOT DAHLIA – MULAI 7 APRIL SETIAP SABTU & AHAD, 6.58 PETANG
Pelbagai usaha telah dilakukan Mak Cun untuk memajukan perniagaan dan mengukuhkan jenamanya. Kali ini, Mak Cun memperluaskan empayarnya hingga ke New York! Bukan calang-calang orang apatah lagi usahawan desa yang mampu membina jenama hingga ke peringkat antarabangsa, tetapi Mak Cun telah berjaya! Musim baharu ini, Mak Cun mengumpul usahawan kampung seperti Miss Olio (Erra Fazira) dan Rock (Dato’ Awie) untuk menjadi geng Mak Cun.

Mak Cun semakin berjaya dengan perniagaan Mart dan onlinenya. Malangnya kejayaan Mak Cun tidak dapat dikongsi bersama Pak Akob kerana Cik Pah (Azizah Mahzan) isteri Pak Akob yang begitu cemburu dengan Mak Cun sehingga tidak langsung membenarkan Pak Akob rapat dengan Mak Cun.

Dalam masa yang sama, Atin dan Atan, cucu Mak Cun yang berusia 7 tahun, mewarisi minat dalam perniagaan seperti Mak Cun. Atin bijak dalam matematik manakala Atan mahir dalam internet dan gajet. Perniagaan Mak Cun semakin viral dan maju dengan bantuan mereka. Mak Cun mula memikirkan untuk memajukan kedai jahitnya itu kepada butik dengan bantuan Normah. Mak Cun terdengar misi ke New York Fashion Week dan dia berusaha untuk melebarkan empayar perniagaannya ke sana.

Atul pula merasakan dah sampai masanya dia menumpukan perhatian dengan tanah pusaka yang terbiar lama itu. Mak Cun bersetuju dengan cadangan Atul itu lagipun dia sudah ada Cik Pon, pembantu yang boleh diharapkan. Sudah tentu, Manisah masih lagi tidak puas hati dengan kejayaan Mak Cun. Dia juga mahu berjaya seperti Mak Cun, lalu dia mencari jalan untuk berniaga juga. Manisah mendapat idea untuk membuka butik pakaian dan mengajak Nona (Ziana Zain) yang baru dikenalinya untuk menjadi rakan kongsi. Mak Cun turut ingin menaik taraf butiknya lalu meminta Normah (Fazlina Ahmad Daud) untuk mencari kedai kosong di bandar. Berebutlah Manisah dan Normah untuk mendapatkan satu kedai yang kebetulan kosong di bandar berdekatan dengan Mart Mak Cun. Pelbagai lagi percubaan Manisah untuk terus bersaing dengan Mak Cun yang menimbulkan kekecohan, oleh itu jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesudahan konflik antara mereka mulai 7 Julai ini, di slot Dahlia, setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 6.58 petang.
Pelakon: Eirma Fatima, Dato Rahim Razali, Datin Paduka Umie Aida, Balkisyh Samundur Khan, Erra Fazira, Awie, Aiman Tino, Syamel, Dottie, Azizah Mahzan dan Fazlina Ahmad Daud.

32

SUAMIKU MAT PIUN
SLOT: IRIS – MULAI 9 JULAI, ISNIN HINGGA KHAMIS, 6.30 PETANG
Poji (Along Cham) merupakan seorang Mat Despatch atau Mat Piun dan mempunyai 2 orang anak, Firash dan Khayla. Nama sebenar anak-anaknya memang susah disebut disebabkan isteri Poji, Nieza (Sharifah Sakinah) yang amat taksub dengan novel dan juga peminat drama. Kerana itu juga, Poji berkenalan dengan Nieza yang pada ketika itu sibuk membaca novel di tengah jalan dan menyebabkan Poji kemalangan. Nieza seringkali berkelakuan agak dramatik di depan anak dan suaminya kerana terbawa-bawa dengan karakter-karakter novel dan drama yang ditontonnya. Almari rumah Poji dipenuhi dengan novel-novel Nieza. Dia mahu membuang novel-novel itu tapi takut dimarahi isterinya. Satu hari, Poji mencuri baca novel milik Nieza dan tanpa disangka, Poji pula obses untuk terus membacanya sampai ke tempat kerja pun Poji akan membacanya.

Poji sentiasa terfikir bilalah agaknya nasibnya akan berubah. Bermacam kerja sambilan telah dilakukan untuk menampung keluarga mereka. Sehinggalah suatu hari, Nieza memberikan sebuah kertas iklan ‘Ujibakat mencari pelakon kanak-kanak’ kepada Poji. Nieza merasakan ujibakat tersebut mungkin dapat mengubah nasib mereka. Kalau menjadi dapatlah mereka menumpang rezeki Khayla. Pada hari ujibakat tersebut, bermacam-macam hal telah berlaku untuk mereka sampai ke lokasi tersebut. Lebih malang lagi, ujibakat telah tamat sebaik sahaja mereka tiba. Poji risau kerana Nieza pasti naik angin jika dia mengetahui mereka tidak sempat menghadiri ujibakat itu. Lalu dia berpakat dengan Khayla untuk memberitahu Nieza bahawa Khayla sudah menghadiri ujibakat itu.

39

Dalam masa yang sama, Poji terdengar mereka turut mencari hero baru dan berbakat untuk sebuah drama adaptasi novel. Poji yang perasan kacak telah menawarkan diri. Azman, penerbit syarikat produksi itu meminta Poji menunjukkan bakat lakonannya. Tidak disangka, Azman tertarik dengan bakat Poji dan ingin memberi peluang kepadanya. Poji sangat gembira, kerana dirinya pula yang bakal menjadi seorang pelakon. Nieza gembira dengan berita itu tetapi dalam masa yang sama timbul pula rasa cemburu memikirkan Poji akan digilai ramai wanita. Adakah Nieza akan bersikap lebih dramatik lagi apabila Poji bergelar pelakon popular? Saksikan kesudahan drama komedi yang pasti mencuti hati ini setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang di slot Iris TV3.
Pelakon: Sharifah Sakinah, Along Cham, Mimi Lana dan Mark Adam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hebat Negaraku daripada Celcom

Haiwan Peliharaan Adalah Teman Ideal Peminat Tegar Drama Bersiri