in

MAJLIS SIDANG MEDIA MALAM KEMUNCAK GAH 1 AKHIR

MAJLIS SIDANG MEDIA MALAM KEMUNCAK GAH 1 AKHIR

Cuba mengukir sejarah tersendiri dalam penganjurannya, keputusan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk mengadakan acara berprestij Malam Kemuncak Gah 1 Akhir di pentas terbuka bertempat di Taman Tema Air Sunway Lagoon dijangka menjadi acara muzik terbesar RTM tahun ini. Apatahlagi setelah pertandingan yang terdahulu sejak enam musim lalu dikenali Hits 1 kini dikenali dengan jenama baru Gah 1 yang diyakini mampu diangkat ’segah’ namanya dalam mengiktiraf lagu-lagu terbaik sepanjang tahun.

Sebagai berkongsi maklumat lebih lanjut berkaitan majlis ini dilangsungkan Majlis Sidang Media Malam Kemuncak Gah 1 Akhir pada 10 Mei 2010 (Isnin), jam 3.00 petang bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon yang dihadiri YBhg. Dato’ Norhyati Ismail (Timbalan Pengarah Penyiaran Strategik).

Dijadualkan berlangsung pada 30 Mei 2010 (Ahad) ini, kemuncak akhir Gah 1 mengetengahkan pencalonan lagu-lagu terbaik yang dipilih setiap bulan sepanjang musim ke -6 lalu yang membariskan finalis akhir termasuklah Misha Omar (Cinta Adam dan Hawa), Azharina Azhar (Rawan), Stacy (Pakai Buang), Tomok (Rindu Terhenti), Faizal Tahir (Bencinta), Alyah (Tak Mungkin Kerana Sayang), Menggear Dunia (Stacy dan Adam).

Seklain itu, dua kumpulan Indie popular juga terpilih bakal mempertaruhkan lagu ciptaan mereka sendiri iaitu kumpulan 6ixth Sense (Khatimah Cinta) dan Grey Sky Morning (Cinta Gila).

Dengan barisan artis-artis popular di persada muzik tanahair selain penglibatan komposer dan penulis lirik terkenal seperti Ajai, Habsah Hassan, Loloq, Hazami, Aubrey Suwito dan Asmin Mudin selain beberapa komposert muda lain yang turut bersaing, pihak produksi yang diteraju penerbitnya, Serena Salleh menjanjikan persembahan terbaik dari sudut penerbitannya untuk dikongsi penonton setia Gah 1.
Setiap finalis bertanding berpeluang merebut empat anugerah yang dipertaruhkan pada malam kemuncak ini iaitu melibatkan kategori Anugerah Lagu Terbaik, Lagu Tempat Kedua, Persembahan Terbaik dan Lagu Paling Popular Pilihan SMS.

Dua pengacara remaja, E’One dan Eyeja Arshad telah dipilih sebagai pengacara yang bakal berkongsi pentas menceriakan pentas selain mengumumkan keputusan pemenang pada cara kemuncak malam itu. Pembabitan E’One bukanlah kali pertama sebaliknya kali ketiga buat pemilik nama Mohd Syazwan Roslan ini. Manakala teman pengacaranya pula, Eyeja Arshad yang juga bekas peserta Bintang RTM 2004 muncul pertama kalinya diberikan peluang mengendalikan majlis sebesar ini.

Nantikan pertaruhan mereka dalam merebut Anugerah Lagu Terbaik hanya di Malam Kemuncak Gah 1 Akhir pada 30 Mei 2010 bermula jam 8.30 malam yang akan menemui peminat-peminat muzik tanahair secara langsung di saluran TV2 selain turut bersiaran di Saluran ASTRO 180 Muzik Aktif.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syahrini Krisdayanti Anang Hermansyah

Gambar Lisa Surihani di Karpet Merah ABP-BH 2009