Selepas empat bulan diijabkabul pelakon Nina Iskandar atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar dan suami, seorang penolong pengarah bernama Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah telah melangsungkan majlis resepsi pada hari Ahad lalu iaitu pada tanggal 4 Ogos 2019 di Forest Valley Hall, Cheras.
Pasangan merpati dua sejoli ini diraikan dalam sebuah majlis yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras semalam. Nina kelihatan berseri-seri disolek oleh Ckay Liawo dan sangat cantik anggun dengan busana gaun berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal.
Menurut kenyataan pihak pengurusan Nina Iskandar, pasangan itu berkahwin pada April lalu dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri oleh kedua-dua pihak keluarga.
Menurut kata wakil pengurusan pelakon ini, majlis resepsi ini diadakan pada bulan Ogos adalah kerana Jadual penggambaran Nina yang sangat padat sehingga terpaksa ditangguhkan.
Majlis resepsi yang meriah ini dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan artis seperti Amyra Rosli, Amar Baharin, Ayda Jebat, Vicha, Puteri Aishah, Shakilla Khoriri, Sissy Iman dan ramai lagi.
Nina turut berkongsikan saat dan detik manis di majlis resepsi di IG Stories miliknya.
Terdahulu, pelakon drama rantaian Andainya Takdir ini berkongsi beberapa keping foto kad undangan perkahwinan yang telah diagihkan kepada kenalan rapat di laman Instagram miliknya pada pagi Ahad.
Nina dikatakan mengenali lelaki yang bergelar Lan Lebah ketika terlibat dalam penggambaran drama Setelah Cinta Itu Pergi yang diarahkan oleh Heykal Hanifah.
Pada 12 Mac 2019, pelakon jelita yang berasal dari Brunei itu mencetuskan kontroversi apabila didakwa menjadi punca keruntuhan rumah tangga penolong pengarah berkenaan. Namun, Nina menegaskan dakwaan itu sebagai fitnah terhadap dirinya.
Susulan itu, Nina mengadakan sebuah sidang media khas menafikan perkara berkenaan dan turut mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak yang menyebarkan fitnah tersebut.
Lan sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang pramugari dan bercerai pada Februari 2019 lalu setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga.