Kerana kengkangan masa, penyanyi yang juga penyampai Era FM, Aril dan isterinya, Puteri terpaksa melangsungkan Majlis Resepsi Pernikahan mereka tiga bulan selepas mereka diijabkabulkan. Majlis akad nikah telah berlangsung di kampung pengantin perempuan iaitu di Wakaf Che Yeh, Kota Baharu, Kelantan. Sebagaimana yang kita semua maklum, isteri Aril bekerja sebagai pramugari penerbangan Saudi Arabian Airlines bernama Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, dan beliau terpaksa mengikut jadual bertugas. Begitu juga dengan Aril yang tak kurang sibuknya dengan kerja di konti radio Era dan juga sebagai pengacara. Akhirnya, pasangan ini akhirnya diraikan dengan meriah sekali.
Budiey rasa bertuah kerana Aril tidak lupa untuk melayangkan kad jemputan untuk datang menyaksikan majlis persandingannya.
Pada jam 8 malam tadi, Budiey sempat meluangkan masa untuk hadir di Saloma Bistro & Theatre Restaurant, Jalan Ampang, Kuala Lumpur untuk buat #liveupdate di Instagram. Majlis resepsi tentunya meriah dan hangat dengan celoteh Hanif & Dina Nadzir.
Bertemakan warna hitam & emas, majlis ini dihadiri oleh ramai selebriti. Antara yang hadir, pastinya rakan sekerja Aril di konti Era FM, Hanif, Adifashla, Ray, Dina NadzIr, Zahid & isteri, Johan Raja Lawak dan ramai lagi. Selebriti lain yang hadir, Datin Seri Tiara Jacquelina, Azwan Ali, Nita Hamzah, Serina Redzuawan, Hafiz, Akim Ahmad, Ika Nabila dan ramai lagi. Tetamu dihiburkan dengan nyanyian Hafiz duet Akim Ahmad (lagu Dealova), Nita Hamzah dan Dina Nadzir. Kepada Aril dan Puteri, Budiey ucapkan selamat melayari bahtera rumahtangga ya. Terima kasih sebab sudi jemput Budiey di majlis resepsi. Semoga kalian terus bahagia hingga ke akhir hayat.
Berikut gambar-gambar yang sempat dirakam dari lensa Budiey.