in ,

Majlis Pertunangan Fouziah Gous & Zhaf Sabtu Ini

[dropcap]A[/dropcap]khirnya, pelakon terkenal Fouziah Gous akan bertunang dengan jejaka pilihan hatinya bernama Md Zhafran Md Yusof (bukan selebriti) orang biasa dan bukannya orang kenamaan sebagaimana yang digembar-gemburkan. Sekaligus ianya akan melenyapkan spekulasi dan gosip tentang hubungan beliau dengan beberapa orang jejaka sebelum ini.

Majlis pertunangan Fouziah Gous & Md Zhafran akan diadakan pada hari Sabtu ini (1 Jun 2013) jam 8 malam di satu lokasi yang sangat istimewa dengan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua belah pihak.

[pullquote align=”right”]Fouziah Gous akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia sekarang ini bercinta dengan seorang lelaki bernama Zhafran, bakal bernikah bulan September ini[/pullquote]

Perkenalan singkat dengan Md Zhafran yang juga merupakan rakan kongsi dalam bidang perniagaan dan sama umur nampaknya mencipta keserasian dan Fouziah pula tidak mengambil masa yang lama untuk berkahwin. Pasangan ini memilih bulan September 2013 untuk berkahwin. Tarikh pernikahan sebenarnya belum diputuskan lagi, yang nyata ia akan berlangsung dalam masa terdekat ini.

Zhafran adalah lulusan Ijazah Perakaunan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan memiliki syarikat keselamatan Arrow Guard dan menjadi perunding kewangan. Budiey ada tengok beberapa gambar jejaka kacak kesayangan Fouziah di Instagram milik pelakon jelita ini. Kalau korang nak tengok, kenalah follow Instagram Fouziah: @fouziahgous

Bagi Fouziah, dia tak mahu membazir masa dalam bercinta. Baginya, Md Zhafran ada pakej lengkap lelaki idaman, jadi tiada apa yang perlu ditunggu lagi dan tak perlu nak membuang masa.

“Saya lebih percaya kepada bercinta selepas berkahwin, disebabkan itu dia melamar  walaupun baru beberapa bulan kami bercinta.”

“Sekurangnya, hubungan pertunangan ini mengelak kami difitnah. Saya akan rasa lega apabila dah jadi tunangan orang. Yang penting sekali, hubungan saya dan dia direstui oleh keluarga dan mengikut cara yang betul. Tumpuan saya sekarang adalah untuk majlis pernikahan kami.”

Fouziah Gous akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia sekarang ini bercinta dengan seorang lelaki bernama Zhafran. Baginya, Zhaf seorang lelaki yang sangat memahami dirinya, seorang yang boleh mendidiknya ke arah kebaikan terutama sekali membabitkan soal agama.

Fouziah dan Zhaf berkenalan melalui adik kepada kakak ipar Fouziah yang juga kawan rapatnya lebih setahun lalu. Budiey doakan semoga majlis pertunangan Fouziah Gous dan Zhaf akan berlangsung dengan lancar. Selamat bertunang buat mu, Fouziah. Amin.

Fouziah Gous

Fouziah Gous

Fouziah Gous

Fouziah Gous

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Top Up And Win Samsung Galaxy S4

AIRASIA X’s TWO TO GO X-TRAORDINARY DEALS