Selepas pengumuman mengenai status hubungan cinta mereka diadakan beberapa hari lalu, maka hari ini berlangsunglah sebuah majlis yang cukup indah dimana pasangan merpati dua sejoli, Amar Baharin dan Amyra Rosli mengikat tali pertunangan mereka dalam sebuah majlis tertutup petang tadi di kediaman keluarga perempuan di Sunway Montana, Desa Melawati.
Memetik laporan Berita Harian Online, majlis yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pasangan, Amyra kelihatan begitu anggun seperti puteri mengenakan busana berwarna putih. Manakala Amar pula hadir segak dengan kemeja berwarna putih yang kelihatan sedondon pada majlis pertunangan mereka yang diadakan di rumah pihak perempuan.
Sebelum ini, pasangan selebriti ini sering menafikan status hubungan pencintaan mereka walaupun kerap dihimpit dengan pelbagai kontroversi mengatakan bakal bernikah. Namun segalanya terlerai apabila pasangan ini bertindak mengumumkan berita gembira tersebut didalam sebuah majlis. Pada majlis itu, mereka turut berkongsikan tarikh perkahwinan mereka yang akan.
Manakala majlis persandingan disebelah keluarga Amyra pula akan diadakan sehari selepas acara akad nikah. Majlis berterusan pada 19 November di sebelah pihak keluarga lelaki. Terdahulu, ibu Amyra, pernah memaklumkan bahawa kehadiran Amar didalam hidup anak perempuannya itu begitu disenangi ramai dan merupakan calon suami terbaik buat Amyra.