in ,

MAJLIS PERSANDINGAN MAWI-EKIN MERIAH WEDDING OF THE YEAR 2008

Berkonsepkan moden kontemporari, majlis resepsi perkahwinan, pasangan pengantin baru Mawi dan Ekin diraikan dengan penuh kemeriahan dalam majlis yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru di sini malam tadi.

Majlis yang bermula pada pukul 8 malam itu berlangsung hampir empat jam dimulakan dengan perarakan masuk pasangan merpati dua sejoli yang diiringi enam orang ‘flower girls’ yang menabur bunga di atas karpet merah menuju ke pelamin nan indah.

Nyata pelamin rekaan Naz The Great Ideas nyata menaikkan seri dan aura perkahwinan juara AF 3 ini, dan beliau sememangnya wajar diberi pujian. Pelamin rekaannya dihiasi hampir 90 peratus bunga ros hidup nyata memberi impak yang berjaya memukau setiap hadirin yang hadir.

Tetamu kenaamaan dan pihak media juga tidak melepaskan peluang mengabdikan kenangan bersama pasangan Raja Sehari, Mawi dan Ekin di singgahsana mereka. Majlis resepsi yang menggabungkan konsep perkahwinan dalam taman turut diisi dengan beberapa majlis menepung tawar oleh keluarga pengantin, diikuti dengan persembahan menghiburkan kumpulan nasyid dan tarian zapin dan diakhiri dengan upacara memotong kek.

Pasangan raja sehari, Mawi dan Ekin nyata kelihatan segak dan cantik apabila mengenakan persalinan rona krim keemasan dan hitam rekaan Putra Aziz dari butik Cosry. Pada majlis memotong kek, Mawi tampil segak dengan tuksedo berwarna putih keemasan manakala Ekin jelita dengan gaun berwarna putih persis puteri Ciderella. Majlis resepsi tersebut dihadiri kira-kira 1300 orang tetamu yang terdiri dari kalangan ahli keluarga, rakan terdekat serta tetamu VIP.

Antara artis yang membuat persembahan pada majlis tersebut adalah Akma (AF4) dan Haziq (AF5). Pagi tadi, kedua pasagan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Sesuai dengan gelaran ‘weeding of the year’ yang dilabelkan pada perkahwinan Raja SMS ini, nyata pakaian pengatin serta makanan yang disediakan sangat memuaskan hati para hadirin.

Penyanyi popular dengan lagu Kian ini berkata beliau sangat bersyukur kerana majlis resepsi pada hari ini berjalan lancar dan beliau berharap media serta peminatnya akan terus memberi sokongan kepadanya terutamanya menjelang majlis resepsi pihaknya di Felda Taib Andak hujung minggu hadapan. Sementara itu bagi Ekin, walaupun sudah boleh menarik nafas lega dengan berakhirnya majlis resepsi tersebut namun beliau pada masa yang sama meminta segala kekurangan atau kecacatan yang berlaku sepanjang majlis pernikahan sehingga majlis resepsi ini dapat dimaafkan.

“Saya mintak maaf jika ada apa-apa kecacatan atau kekurangan yang berlaku. Dalam mana-mana majlis perkahwinan tak ada yang sempurna 100 peratus. Kami sudah cuba memberikan yang terbaik, jika ada kekurangan mintak maaf la. Mungkin lepas ini kami boleh perbaiki,” ujarnya.

Pasangan sama cantik sama padan ini memilih untuk menghabiskan masa selama seminggu di Korea sebagai lokasi bulan madu mereka. – mstaronline

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila Kursus Kahwin

Adzriefaiz, Tengku Tiara OIAM, Fara Fauzana Pelakon Gadis Cuci Bertemu Peminat