Menara Kuala Lumpur buat julung-julung kalinya dengan kerjasama Menara Alor Star dan Muzium Telekom menganjurkan “Tower Beach Soccer Langkawi 2009†mulai 20-22 Mac 2009 di Pantai Chenang, Langkawi.  Â
Acara bertaraf antarabangsa ini juga telah mendapat sokongan penuh Kerajaan Negeri Kedah, Kementerian Belia & Sukan, Lembaga Penggalakkan dan Pelancongan Malaysia, Majlis Kecergasan Kebangsaan dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).   Â
Penaja utama ialah Adidas dan 100 Plus. Keseluruhan wang tunai yang akan bakal dimenangi oleh para peserta ialah berjumlah RM15,000 disamping sijil penyertaan. Â Â
Sebanyak 64 kumpulan yang akan bertanding dimana setiap kumpulan boleh menghantar di antara 5 orang peserta di dalam lingkungan 18-45 tahun. Pertandingan ini turut menyaksikan wakil media dan artis bertanding di dalam kategori jemputan.