Untuk info pembaca, pameran ini berlangsung di Dewan Tun Razak 4, Tingkat 4, PWTC pada 22 Julai hingga 4 Ogos 2019 dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam. Kunjungan semakin ramai hari demi hari. Tambah lagi apabila menjelang hujung minggu, Sabtu dan Ahad, pameran ini menjadi tumpuan keluarga untuk memperolehi ilmu dan menimba pengalaman berguna. Pameran ini mensasarkan kira-kira 150,000 pengunjung dijangka hadir.
Festival anjuran Manhajj Brothers Sdn. Bhd. yang dianjurkan bermula 22 Julai ini hingga 4 Ogos depan dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan dari segi kehadiran pengunjung selain menjadi platform dapat melihat sendiri artifak peninggalan Nabi Muhammad SAW seperti Antara artifak yang boleh dilihat ialah rambut, janggut, darah bekam, serban, tongkat, bekas air zam zam, pasir makam Rasulullah dan kunci makam tersebut.
Selain Sebanyak 70% artifak adalah artifak asli dipamerkan di sini, pameran ini dikunjungi pelawat datang dari seluruh negara termasuklah UK, Eropah dan banyak lagi.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata ilmu dan maklumat perlu disusun sebagai jihad umat Islam dalam menerangkan hakikat Rasulullah SAW supaya tidak timbul isu mengaibkan Baginda.
Banyakkan bahan berilmu, tangkis tohmahan terhadap Rasulullah
“Ada (kira-kira) 300,000 artikel dalam carian seperti Facebook dan Google mengenai Rasulullah SAW, malangnya lebih 250,000 daripadanya menggambarkan Baginda dengan gambaran palsu, silap, bohong, celaan serta cacian.
“Lebih malang apabila 50,000 artikel yang menyokong Rasulullah SAW hanya berbentuk pengulangan atau salin dan tampal.
“Sebaiknya contohi ulama Islam terdahulu yang menghasilkan banyak tulisan bermanfaat supaya apa-apa sahaja ditujukan kepada Rasulullah SAW bersifat segar dan jelas hingga tidak berlaku lagi tohmahan atau tuduhan melulu kepada Baginda,”
– Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Sahabat RA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Zulkifli berkata, umat Islam disarankan untuk bergerak secara bekerjasama dalam membanteras isu hinaan terhadap Rasulullah SAW, sekali gus memastikan ia tidak terus berulang daripada dianggap sebagai perkara biasa.
“Saya melihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah memainkan peranan baik. Maka, umat Islam juga perlu bergerak bersama dengan cara khusus dan tuntas untuk mengelakkan perkara ini daripada terus berlaku.
“Saya syorkan, panggil individu yang tampil dengan dakwaan sedemikian dan selidiki apa yang mereka tahu mengenai Rasulullah SAW daripada semua segi termasuk sifat dan akhlak Baginda,”
– Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Sumber: Berita Harian