in

Majlis Penyampaian Hadiah SAMSUNG Color Me Corby Colour Me Challenge

Pada 23 Februari 2010 – Selasa – jam 10 pagi, Budiey sempat hadir di Majlis Penyampaian Hadiah untuk satu pertandingan anjuran SAMSUNG iaitu Samsung Color Me Corby Colour Me Challenge yang diadakan di Hotel Hilton.

Pertandingan anjuran produk Samsung ini mendapat kerjasama dari syarikat pengeluar cat terkemuka iaitu Nippon Paint (M) Sdn Bhd. Bertujuan untuk menggalakan pelajar untuk menonjolkan bakat kreativiti melalui seni reka bentuk. Peserta terdiri di kalangan para pelajar kolej yang mengambil jurusan reka bentuk dan kreatif.

Walaupun ini adalah pertandingan pertama kali yang dianjurkan, namun sambutan amat menggalakan dengan menerima sebanyak 250 penyertaan hanya dalam masa 6 minggu sahaja. Ini menjadikan para juri sangat terkejut jugak. Macam-macam inspirasi yang dilakarkan. Antaranya alam semulajadi, corak abstrak, muzik, jiwa muda remaja masa kini yang urban dan macam-macam lagi lah.

Untuk menyertai peraduan ini, peserta hanya perlu melakarkan back cover untuk telefon bimbit Samsung Corby S3653 touch screen phone based on key features of the phone. Senang aje, tapi yang penting peserta kena kreatif. Tak boleh ciplak-ciplak. So, kenala unik dan ada inspirasi.

Hos pada pagi itu… santai aje.

Ucapan dari Gladys Goh – Pengarah Urusan Nippon Paint (M) Sdn Bhd.

Jadi, pada majlis ini Samsung telah mengumumkan seorang pemenang utama. Ucapan tahniah diberikan kepada Sashtri Vivekanandan yang baru berusia 21 tahun dan kini masih belajar dalam tahun pertama jurusan Komunikasi Visual. TAHNIAH!

Creativity Lives! Graffiti!

Kemenangannya dipilih atas dasar rekaan yang kreatif dengan seni jalanan atau lebih dikenali dengan GRAFFITI. So, bukan calang-calang jugak ni. Graffiti bukan sebarangan sebab memang kena ada seni jugak.

“I got my inspiration from street arts. For this entry, I started to experiment with design elements such as circles, arrows and splatters,” – Sashtri

Jadi, dengan itu, rekaan yang dibuat ini akan digunakan oleh Samsung untuk memasarkan rekaan ini untuk Samsung Corby. Henset ini akan dijual dalam bentuk limited edition dalam bulan April ini.

Sebagai pemenang utama, Sashtri telah membawa pulang sebuah Samsung Corby S3653 touchscreen phone, wang tunai sebanyak RM3,000, dan pakej untuk makeover bilik dengan warna yang cantik menawan yang ditaja khas oleh Nippon Paint.

Sashtri bersama 4 lagi pemenang saguhati yang turut menerima hadiah sebuah telefon bimbit Samsung Corby. Congrats!

Sashtri juga berpeluang untuk membawa rekaannya untuk dicat semula di Rumah Sayangan – sebuah rumah anak yatim di Cheras.

Kalau pembaca nak tahu, harga Samsung Corby ni dalam RM699. Sangat murah dan berpatutan. Sesuai untuk pelajar. Dilengkapi dengan 2.8in TFT touchscreen dan juga boleh digunakan sebagai Mp3 dan merakam video jugak. Tak lupa, 2megapixel kamera dengan smile detection. Canggih!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujibakat Mentor Musim Ke-4 Mencari Protege Bertaraf Bintang

CETUSAN WARNA Tema Anugerah Bintang Popular 2009