Tahun ini, sepanjang 16 episod berlangsung program “Salam Baitullah†berjaya merekodkan 2.5 juta jumlah tontonan di media sosial. Salam Baitullah kali ini juga telah menerima lebih 10 ribu borang penyertaan menerusi Kuiz Harian di kaca TV, Media Sosial dan Kuiz Terkumpul.
Seramai 80 pemenang Kuiz Harian di Media Sosial, 48 pemenang Kuiz Harian dan di TV dipilih sebagai pemenang. Kesemua pemenang telah menerima hadiah berupa barangan Olive House bernilai RM 200.00.
Dua pemenang utama Kuiz Terkumpul Salam Baitullah 2020 diumumkan hari ini iaitu Salsabil binti Mohd Noor menerima RM 10, 000.00 yang akan dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Abdul Hafeez bin Abdul Wahab membawa pulang RM 5,000.00 yang juga akan dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji.
Hadiah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Saidatu Akhma Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), Jabatan Penyiaran Malaysia.
Mengangkat tema Salam Baitullah, Suatu Kerinduan, program disiarkan secara langsung mulai 18 Julai hingga 1 Ogos 2020, pukul 9.00 hingga 10.00 malam di Saluran Berita RTM dan TV1.
Program “Salam Baitullah 2020 Edisi ke-12†dilengkapi dengan tujuh pengisian istimewa. RTM memberikan liputan dan menyalurkan maklumat terkini sepanjang perjalanan musim haji di Arab Saudi meskipun dalam suasana tiada pergerakan petugas dan jemaah negara kita ke Tanah Suci tahun ini.
Kelainan dibawakan pada konsep berbeza digarap oleh pasukan penerbitan di studio dengan pengisian istimewa. Dua pengacara utama di studio ialah Ustaz Muhammad Hafiz Haneefa dan Ustaz Azman Syah.
RTM sentiasa berusaha membuat liputan dan menyediakan program berdasarkan keperluan semasa, permintaan pasaran dan kesesuaian khalayak. Ini menunjukkan komitmen RTM dalam menyediakan program-program dan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.