Pada jam 10 pagi semalam (18 Julai 2008), telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Hotlink kepada pemenang Gang Starz Cabaran Iklan TV Hotlink di Restoran The Apartment, Suria KLCC.
Hotlink, jenama prabayar No.1 negara dari Maxis Communication Berhad (MAXIS) hari ini telah menghadiahkan kepada pemenang Iklan TV Hotlink dengan wang tunai dan telefon bimbit 3G. Cabaran Iklan TV Hotlink ini diadakan untuk mencungkil bakar peserta Gang Starz 2.
Di majlis itu juga, tiga buah grup Gang Starz telah mempersembahkan persembahan mereka iaitu D’Reborn dan O.N.E (lagu – My Love/Pump it), Paragon Child dan 3.5 (lagu Bring Me to Life dan D’Raz & 3 Voices dengan lagu Ketahuan.
Hotlink telah mengumumkan pemenang bagi Cabaran Iklan TV Hotlink ialah Paragon Child dari negara Filipina. Kumpulan ini katanya telah berjaya mempamerkan pesona Hotlink yang bertenaga dan nilai hiburan melalui iklan TV mereka. Mereka dihadiahkan wang tunai sebanyak RM5,000 untuk kumpulan dan telefon bimbit 3G untuk setiap seorang.
Rozalila Bte Abdul Rahman
Rozalila Bte Abdul Rahman, Pengurus Besar dan Ketua Bahagian Pemasaran Segmentasi, Maxis Communication Berhad, berkata,
“Apabila Hotlink menjadi penaja utama program realiti Gang Starz 2, kami berhasrat memberi sokongan terhadap arena hiburan tempatan bagi membentuk bakat muda dan bintang baru demi masa depan mereka. Dengan kerjasama TV3, kami telah mewujudkan peluang untuk mencungkil bakat-bakat yang terpendam di rantau Asia Tenggara.”
Hotlink meningkatkan tahap penajaan dengan mencungkil daya kreatif dan kebolehan nyanyian peserta-peserta Gang Starz 2 melalui cabaran serta Konsert Hotlink. Cabaran terkini ialah Cabaran Iklan TV Hotlink.
Cabaran Iklan TV Hotlink terbuka kepada semua peserta Gang Starz musim kedua. Tugas mereka adalah untuk mencipta iklan TV Hotlink IDD selama 30 saat, menuju sasaran kepada rakyat serta pelajar-pelajar Indonesia dan Filipina yang berada di Malaysia. Peserta-peserta Gang Starz 2 dibenarkan memilih samada untuk mencipta tema iklan IDD TV di mana teras pesanan adalah “Hotlink mendekatkan anda dengan tersayang di Indonesia dan Filipina” dengan tawaran kadar IDD yang hebat atau satu iklan TV Promosi IDD di mana asas pesanan ialah “Lama Percakapan Murah Bayaran.”
Setiap kumpulan Gang Starz 2 mempamerkan jalan cerita Iklan TV kepada hakim-hakim selepas 48 jam setelah mereka diberi taklimat.
Iklan TV telah dinilai berdasarkan lima kriteria yang sama berat menggunakan akronim S.M.I.L.E, Mudah (dengan konsep yang nyata), Meninggalkan kesan yang mendalam dari segi lirik, Impak, Berkaitan dengan jenama Hotlink dan Menarik hati (nilai persembahan yang tinggi). Empat kumpulan berupaya menepati kriteria SMILE. Ia menguji daya kreatif mereka di dalam jangka waktu yang singkat.
Pada bulan lepas, Hotlink telah mengelolakan Cabaran Jingle Hotlink untuk peserta-peserta Gang Starz 2 Rancangan realiti Gang Starz 2 telah ditayangkan sejak May 2008.
Untuk info lanjut, sila layari laman web www.hotlink.com.my atau www.tv3.com.my/gangstarz
Untuk gambar lain, sila ke:
[tags]gang starz, juara gang starz 2, senarai pemenang, winner gang starz, jingle download, songs, reality programme, d’reborn, akronim, apple, ayat pengasih, aziz satar, red carpet, steve jobs, sudin, seduction secrets, bmw cars, cara kurus betul, cars, datuk hamid adventures, fast cars, football icons, fortune 500 malaysia, girlish[/tags]