Majlis Penganugerahan 8th International InteriCAD Interior Design 2012
Malam bergemerlapan dan glamor menghargai pereka inovatif dan penuh inspirasi dari seluruh dunia.
Bergemerlapan dan glamor merupakan tema malam ini. Tetamu jemputan tampil dengan pakaian serba memukau untuk menghargai pereka dalaman inovatif dan penuh inspirasi dari seluruh dunia sempena berlangsungnya 8th International InteriCAD Interior Design Award Ceremony 2012 (IIDA 2012).
Lebih memikat lagi apabila ballroom indah Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa telah berubah wajah menjadi gelanggang permaidani merah bagi menempatkan piala kemenangan buat kesemua pemenang setiap kategori.
Gemerlapan cahaya yang bersinar di kepekatan malam bersama raksa semangat para penari telah mendahului acara sebelum Pengarah Eksekutif TS Exim Sdn Bhd, Sam Oh memberikan ucapan rasminya.
Ucapan alu-aluan Sam Oh didahulukan dengan ucapan selamat datang kepada tetamu kehormat dan media undangan.Tidak ketinggalan ucapan alu-aluan istimewa buat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia berbesar hati menyokong acara ini yang dianjurkan sendiri TS Exim Sdn Bhd sejak 7 tahun berturut-turut.
IIDA diperkenalkan pada 2002 oleh TS Exim untuk mengenalpasti serta menghargai bakat pereka dalaman di Malaysia dan kini dari seluruh dunia.
Penyertaan berdasarkan beberapa kriteria penting terutama sekali dari sudut keaslian dan inovasi sesebuah rekaan. Tidak ketinggalan juga kreativiti, perancangan kawasan, nilai estetika dan juga pemainan warna.
Terdapat 7 kategori utama yang dipertandingkan iaitu Rekaan Kediaman, Rekaan Premis Jualan, Rekaan Pejabat Korporat, Rekaan Pusat Hospitaliti, Rekaan Tempat Hiburan, Rekaan Tempat Makanan dan Minum dan tidak ketinggalan juga Rekaan Institusi Masyarakat dan Rekaan Kawasan Orang Ramai.
Sejak tahun lalu lagi, IIDA telah bekerjasama dengan 9 negara , antaranya Sepanyol, Poland, Jepun, Hong Kong, Singapura, Thailand, Taiwan, Afrika Selatan dan Indonesia.
Tahun ini, sebanyak 5 lagi negara mengambil bahagian iaitu Denmark, Arab Saudi, Filipina, India dan Dubai. Ianya bagi membantu meningkatkan taraf rekaan dalaman tempatan ke peringkat antarabangsa dan bagi meluaskan lagi tarikan daripada masyarakat luar.
Setiap penyertaan akan diadili oleh tiga juri antarabangsa iaitu Kazuo Yasumatsu dari Jepun, Emiillo Aldao Guitian (Sepanyol) dan Arch. Jessie Cabije Miranda (Filipina). Pengadilan terbahagi kepada dua pusingan iaitu peringkat saringan dan akhir penilaian.
Proses penjurian:
Peringkat Saringan
• Setiap hasil projek para peserta akan dinilai dan disenarai pendek secara berasingan dari setiap negara.
• Projek yang disenarai pendek akan disiarkan pada malam penganugerahan.
Penilaian Akhir
• Setiap projek yang disenarai pendek akan dihimpunkan dan diadili oleh panel juri.
• Pemenang daripada senarai pendek akan diumumkan pada malam acara penganugerahan.
IIDA telah berjaya berkembang sebagai satu-satunya majlis anugerah di Malaysia yang mengiktiraf para pereka dalaman tanah air. Terdapat lebih daripada 350 firma rekaan dalaman dengan membabitkan lebih daripada 2000 penyertaan diperolehi dari seluruh dunia.
Tahun ini, Anugerah IDA berbesar hati untuk bekerjasama debngan syarikat yang membawa visi serupa untuk mengenal pasti dan menghargai bakat sebenar dalam bidang rekaan dalaman.
Penaja utama (gold) yang mengambil bahagian iailah Alfo Group (M) Sdn Bhd, YFCAD, Inovar Resources Sdn Bhd, Mr Paint Man Sdn Bhd, Niro Ceramic Sales & Services (M) Sdn Bhd, Reginox Malaysia, Fotile Marketing Sdn Bhd dan Korea Wallpaper Sdn Bhd. Manakala penaja sampingan (silver) ialitu Grohe Malaysia Sdn Bhd dan penaja lokasi, Asian Water Sports Village Sdn Bhd.
Menghakhiri upacapan, Sam Oh menambah dengan nada gembira: “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon dan pemenang malam ini dan diharap anda semua menikmati sepanjang majlis berlangsung.”
Pemenang Anugerah IIDA sudahpun diumumkan dan pemenang utama telah berjaya membawa pulang dengan kejayaan serta tepukan paling gemuruh daripada para tetamu.
Diakhir acara, tetamu diberi kesempatan bersalaman dengan para pemenang dan tidak ketinggalan juri jemputan. Penganjuran acara ini diharap dapat memberi tujahan agresif dan mencapai tahap yang lebih baik dengan membabitkan lebih ramai peserta mengambil bahagian dari seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari iida-awards.com.