in

Majlis Pelepasan Jom Balik Raya Suria FM

Sebanyak 200 pendengar setia Suria FM menikmati suasana pulang ke kampung untuk berhari raya dengan menaiki bas secara percuma di perkarangan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) jam 9 pagi tadi. Majlis pelepasan telah diadakan di Bangunan KTMB, Jalan Hishamudin, sebelah bulatan berdekatan Masjid Negara.

Jom Balik Raya! merupakan peraduan mudah anjuran Suria FM dan tajaan dari Syahirah, Tropicana Twister, Minyak Masak Saji dan Ambi Pur dalam merayakan Hari Raya Aidilfitri tahun 2010 ini.

suriaed

Peraduan ini memungkinkan sesiapa sahaja berpeluang untuk pulang ke kampung berhari raya menaiki bas secara percuma. Pelbagai keistimewaan yang diperolehi apabila menyertai peraduan ini kerana bukan sahaja mereka akan pulang ke kampung menaiki bas yang disediakan Suria FM secara percuma, malahan mereka juga mendapat barangan dari penaja selain duit raya dari Suria FM.

Antara penaja yang menyumbangkan sumbangan ialah Ambi Pur, Minyak Masak Saji, Syahirah dan Tropicana Twister.

Bukan sahaja pendengar bertuah, malahan ada juga selebriti terkenal yang turut sama menaiki bas ini untuk pulang ke kampung berhari raya…

Artis-artis yang turut hadir termasuk Rini AF8 dan Alyah.

Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Azrullah Md Nor berkata, ini merupakan tahun ketiga Suria FM menganjurkan aktiviti Jom Balik Raya bersama Suria FM! dan ia telah menjadi tradisi buat Suria FM setiap kali menjelang Hari Raya.

“Suria FM mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa berterima kasih kepada pendengar setianya dengan memberikan peluang pulang ke kampung berhari raya dengan menaiki bas secara percuma. Kami juga menyediakan bakul besar berisi pelbagai barang makanan serta duit raya kepada para penumpang.”

Sebelum ini, orang ramai yang ingin menaiki bas tersebut hanya perlu mendaftarkan nama penuh berserta nama pasangan masing-masing selain nombor telefon di laman web rasmi Suria FM iaitu www.suriafm.com.my.

suria34

Menurut Azrullah, sebanyak 12 bas ekspress disediakan bermula semalam dan hari ini, untuk bertolak ke lebih lima destinasi terpilih di utara, selatan dan timur Semenanjung.

Antara destinasinya ialah Kota Bahru, Pulau Pinang, Johor Baru dan Kuala Terengganu.

Sementara itu, Azrullah memberitahu, ‘Jom Balik Raya bersama Suria FM!’ ini menampilkan kelainan berbanding tahun sebelumnya kerana beberapa deejay stesen radio itu turut balik bersama orang ramai.

Katanya, antaranya DJ Lin ke Johor Bahru dan DJ Halim Othman ke Kota Bahru.

“Mereka akan menghiburkan para penumpang sepanjang perjalanan. Ia antara cara yang dimanfaatkan deejay terbabit untuk mendekati para pendengar setia Suria FM,” katanya.

Azrullah turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan menasihatkan orang ramai agar memandu dengan berhati-hati semasa pulang ke kampung halaman masing-masing.

suria

suriafm

suria2

suriaws

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Modern Marvels on HD

Ucapan Selamat Hari Raya