in

Majlis Hi Tea & Temubual Anugerah Music Authors Copyright Protection (MACP)

Jam 3 petang semalam (9 April 2008), Budiey telah menghadiri Majlis Minum Petang & Temubual Eksklusif Bersama Peserta Akhir Anugerah MACP 2008 di Restoran Sri Putri, Lot 3075, Jalan Dato’ Sulaiman, Taman Tun Dr. Ismail. Terima kasih kepada Suhana & Siti Hanila atas jemputan.

Walaupun selebriti ternama, penulis lirik dan komposer yang datang tidaklah seramai mana, namun majlis hi tea berlangsung dengan lancar dengan majlis dialog bersama dengan orang kuat MACP. Antara artis yang Budiey nampak, Noryn Aziz, gitaris kumpulan Meet Uncle Hussain, Azfar OIAM, Hafiz Hamidun, Sham Kamikaze, Ash Nair, Shuhaimi Baba (penulis lirik lagu HATI – Siti Nurhaliza) dan grup Ghazal dari Johor.

Oh ya, mungkin ramai pembaca tidak tahu apa itu MACP dan anugerah yang dianjurkan. Sebenarnya, Anugerah MACP adalah acara tahunan bagi Music Authors Copyright Protection. Ianya diadakan untuk memberi penghargaan dan mengiktiraf orang seni baik artis, penulis lirik dan komposer yang telah mencapai kejayaan dalam penciptaan lagu.

Buat pertama kalinya Anugerah MACP diadakan di luar Kuala Lumpur.

Majlis itu telah mengumumkan Anugerah MACP 2008 ke-12 akan diadakan di Auditorium Penyiaran, RTM Kuantan, Pahang pada 18 April 2008 (Jumaat) di dan dipancarkan secara langsung di RTM1 jam 9 malam. Selain anugerah berdasarkan agihan royalti, pertandingan akhir Juara Kepada Juara diperkenalkan.

Budiey perhatikan Anugerah MACP tidak mendapat liputan meluas daripada media. Tengok sahaja berapa kerat media yang datang. Kesian betul y’all.

Mungkin sebab anugerah ini tidak berapa popular dengan penglibatan orang di belakang tabir. Tetapi Budiey rasa anugerah ini elok dan sangat baik sebab ianya memberi kesedaran kepada masyarakat tentang lagu mana yang berkualiti. Tidak semua lagu yang kita dengar itu berkualiti di hati juri profesional.

Budiey juga harap dengan Anugerah sebegini memberi impak kepada industri muzik kita. Ye lah, ada banyak lagi lagu yang bagus dan bermutu tetapi tidak diberi peluang untuk dipasang di radio dan TV. Jadi, ada baiknya MACP melantik juri untuk menilai dan memilih lagu yang bermutu untuk ditampilkan semula kepada peminat muzik.

Nasih baik ada kerjasama dengan RTM dan radio Muzik FM, anugerah ini dapat dipromosikan dengan lebih giat lagi.

JUARA KEPADA JUARA
Ianya diadili oleh juri profesional yang akan menilai empat komponen penting dalam sebuah lagu iaitu melodi, lirik, susunan muzik dan persembahan artis. Antara kategori ialah Melodi Terbaik, Lirik Terbaik, Susunan Muzik Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Juri profesional yang mengadili semua kategori ialah Adnan Abu Hassan, Ramlan Imam, Nassier Abu Kassim dan Professor Rahman Saari.

Juri telah menilai 1.500 buah lagu yang diterbitkan antara bulan 1 Januari 2007 hingga 28 Februari 2008 dalam masa 2 bulan. Lagu yang berjaya masuk ke peringkat akhir ialah:

  1. Hati – Datuk Siti Nurhaliza
  2. Izinkan Ku Pergi – Kaer (dinyanyikan oleh Nassier Wahab)
  3. Kau Yang Satu – Hafiz Hamidun
  4. The Stage – Ash Nair
  5. Revolution – Silent Scream

Lagu Terbaik akan memenangi hadiah wang tunai RM10 ribu dan trofi dan selebihnya 4 anugerah JKJ akan menerima wang tunai RM3 ribu serta trofi.

Antara penyampai anugerah pada malam itu ialah Kumpulan Spider, Rosma, Shawal, Zubir Ali, Juwita Suwito, Anne & Wahi, Adnan Abu Hassan dan Noryn Aziz.

Di majlis itu telah diumumkan 2 pemenang untuk Anugerah iaitu Syarikat Rakaman yang mendapat pendapatan tertinggi diberikan kepada Luncai Emas. Manakala untuk kategori Anugerah Syarikat Antarabangsa yang mendapat pendapatan tertinggi pula diberikan kepada EMI Music. Tahniah! Anugerah selebihnya akan diketahui pada 18 April ini.

Jadi, kepada korang, jangan lupa tonton ya! Khabarnya ada persembahan Bob AF2, Datuk Siti Nurhaliza, Alif Azfar, Ziana Zain, Elyana, Mohaizam, Sabihah, persembahan unik daripada kumpulan Ghazal yang terdiri daripada anak muda dan juga persembahan Meet Uncle Hussain.

[tags]ash nair, anugerah macp, the stage, Spider, Rosma, Shawal, Zubir Ali, Juwita Suwito, Anne, Wahi, Adnan Abu Hassan, Noryn Aziz, restoran sri putri, music authors, copyright, protection, hi tea, hotel tour, Bob AF2, Datuk Siti Nurhaliza, Alif Azfar, Ziana Zain, Elyana, Mohaizam, Sabihah[/tags]

azfar oiam

Budiey sempat bertemu dan berbual dengan penyanyi kelahiran Bintang Asli ini Azfar OIAM. Ini adalah pertama kali kami bertemu. Sebelum ini, Budiey selalu mendengar lagu-lagu Azfar. Suka dengan lagu Azfar ciptaan M. Nasir.

shuhaimi baba

Pengarah prolifik, Shuhaimi Baba juga berbakat dalam bidang penulisan lirik. “Oh hatiiii…”

noryn aziz

Noryn Aziz… mmm… baju jaket ni pernah dipakainya ketika sidang media Teater Muzikal Patung Kertas. Oh ya, cakap pasal teater ni, Karya Prima sudah bersetuju untuk memberikan 5 keping tiket teater ini kepada pembaca Sensasi Selebriti. Kepada peminat teater, jangan lupa sertai peraduan yang akan disiarkan nanti.

Pertama kali jumpa dengan Hafiz tapi tadi tak sempat nak temubual.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Single Iz OIAM – Gonna Be Alright

EKSKLUSIF: Sekitar Pengambaran Filem Jangan Tegur Arahan Pierre Andre