in

Majlis Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan akhbar kompak Kosmo! akan menganjurkan Majlis Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 kali kedua pada hari ini 25 Jun 2012 (Isnin) di Hotel Renaissance, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Dengan tema Pertahan Hak, Kotakan Janji akan disertai oleh sejumlah 500 orang pengkarya dan penggiat seni negara termasuklah pelakon, penyanyi, komposer dan sebagainya.

Majlis tersebut adalah sebagai susulan kepada penganjuran Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2011 bertemakan Pertahankan Hak, Perkukuhkan Seni Melalui Perlindungan Hak Harta Intelek. Program itu telah diadakan di Kuala Lumpur pada 7 Julai 2011.

Majlis pada 25 Jun ini pula adalah bagi memaklumkan kepada kalangan karyawan seni negara mengenai perkembangan terkini Akta Hak Cipta 1987 (Pindaan) 2012; dan menjelaskan hak-hak golongan itu di bawah akta tersebut terutama yang membabitkan karya intelek masing-masing.

Antara elemen-elemen penting di bawah pindaan akta yang diluluskan di Parlimen pada Oktober 2011 ialah kumpulan-kumpulan pengkarya seni yang tertakluk di bawah akta, penubuhan tribunal khas bagi memelihara dan melindungi hak-hak karya dan pengkarya seni, kewajipan pendaftaran setiap pengkarya dan karya di bawah akta berkenaan, pelanggaran dan pematuhan kontrak seni, penguatkuasaan dan sebagainya.

Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 akan dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem Kau Aku & Dia

Babak Panas Zarina Jamalullail Terpaksa Dipotong?