Pelakon sensasi Sharifah Sakinah bakal mengadakan satu majlis berinai sempena perkahwinannya dengan jejaka idaman yang kini bergelar tunang bernama Aliff Adha pada bulan Mac ini. Budiey dengar, sambutan untuk majlis berinai cukup meriah. Kalau majlis berinai pun dah meriah, majlis nikah dan resepsi nanti apa tah lagi kan?
Gambar: Semasa majlis pertunangan Sharifah Sakinah
Semalam, Budiey telah menerima satu kad jemputan istimewa daripada Kinah yang mengajak Budiey untuk menyaksikan majlis berinai yang akan diadakan di rumah kediamannya di Kajang, Selangor. Wah, terima kasih banyaklah Sakinah. Budiey sangat menghargai jemputan yang cukup eksklusif. Melihat pada kad pun dah dapat bayangkan suasana perkampungan Bali yang diidamkan Kinah. Walaupun bakal berlangsung pada bulan Mac, namun rasa teruja nak melihat suasana majlis ini yang dijangka meriah ini memang ada.
Apa yang Budiey dengar, tema malam berinai Sharifah Sakinah itu nanti bertemakan BALI. Fuh, temanya lain dari yang lain. Macamanalah keadaannya nanti ya?
Selepas kontroversi busana pra-perkahwinannya, haaa, kali ini apa lagi agaknya yang akan dikorek oleh paparazi ek? Fuh, tapi kontroversi apa pun yang melanda, Kinah ni jenis tak peduli itu semua sebab baginya itu dah asam garam kehidupan sebagai seorang selebriti.
Majlis Pertunangan Sharifah Sakinah telah berlangsung di kediaman keluarganya di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2014. Sakinah menyifatkan bakal tunangnya, seorang juruterbang sebagai seorang yang selamba malah tidak pernah ambil tahu mengenai dunia hiburan tempatan.
Semoga majlis berinai dan majlis akad nikah itu nanti berjalan dengan lancar ya. Semoga berbahagia selalu. Kita doakan yang baik-baik untuk pasangan ini.