Semalam, 31 Disember 2009, jan 12 tengahari telah berlangsung Majlis Merisik dan Bertunang anak kepada Chef Wan, Serina dengan Gavin. Berlangsung dengan meriah di Hotel Chulan Square, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.
“Sebagai seorang ayah, saya memang gembira kerana anak gadis saya akhirnya bertemu jodoh. Maklumlah sebelum ini dia telah dikaitkan dengan ramai lelaki. Macam-macam cerita yang sampai ke telinga saya. Malah, ada juga kerabat Diraja yang merisik Serina dengan saya. Tetapi, akhirnya Gavin yang menjadi pilihan dia. Saya tidak kisah dapat calon menantu yang macamana pun, asalkan dia menyayangi Serina sepenuh hati. Lagipun, jodoh di tangan Tuhan. Saya terima siapa sahaja calon suami Serina walaupun dia ‘Mat Salleh’” – Chef Wan.
Majlis perkahwinan Serina – Gavin berlangsung secara besar-besaran selama 3 hari 3 malam. Hari ini, majlis akad nikah akan berlangsung jam 11 pagi di Masjid Wilayah Persekutuan.
Asian Food Channel (AFC) buat liputan untuk semua resepsi termasuklah majlis berinai kecil, akad nikah, berinai besar dan persandingan yang akan diadakan di Royale Chulan Hotel pada Sabtu ini.
Gavin
AFC akan siarkan majlis perkahwinan ini menerusi rancangan khas yang dinamakan ‘The Making of Chef Wan’s Daughter’s Wedding’ pada bulan Februari nanti.
Chef Wan telah menghadiahkan pakej berbulan madu ke Pulau Santorini pada bulan Jun nanti. Pulau yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem ‘Mamma Mia’ itu menjadi pilihan Chef Wan kerana dia merasakan pulau itu cukup mempesonakan.
Majlis resepsi Serina dan Gavin akan diadakan pada 2 Januari ini.
Â