in

Majlis Berbuka Puasa Suria FM 2010 Lebih Meriah

MAJLIS BERBUKA PUASA SURIA FM 2010

Kemeriahan Ramadhan pasti tidak akan lengkap tanpa Majlis Berbuka Puasa, khas untuk semua kakitangan Suria FM, para media, pengiklan dan tetamu korporat yang telah banyak membantu serta artis-artis yang banyak menyokong.

Semalam, Suria FM dengan kerjasama Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan diadakan di Grand Hibiscus Ballroom, Level 3 di hotel itu. Ini merupakan majlis tahunan yang pasti diadakan oleh Suria FM setiap tahun.

Suria FM tidak lupa untuk menunaikan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat, khasnya kepada golongan anak yatim dan miskin. Seramai 45 anak yatim dari Rumah Anak Yatim dan Miskin Siraman Kasih di jemput bersama.

Menurut Encik Azrullah Mohd Nor, COO Suria FM, “Kami di Suria FM amat bersyukur kerana berpeluang untuk berbuka bersama semua yang hadir pada hari ini dari pihak media, dengan pendengar kami yang kurang bernasib baik, pihak artis dan juga ahli keluarga Suria FM sendiri. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan bersama-samalah kita berdoa agar Ramadhan dan Aidilfitri yang akan datang ini dapat disambut dengan penuh berkat.”

Seramai lima orang artis telah tampil untuk membuat persembahan pada malam itu iaitu Nubhan, One Nation Emceess, Nashrin, Sabhi Sadhi & Altimet. Wana My Star LG pula tidak melepaskan peluang untuk tampil ke atas pentas dan menyanyi duet bersama Nashrin. Persembahan menarik dari kesemua artis itu berjaya memeriahkan suasana dan menghiburkan tetamu khasnya anak-anak yatim/miskin yang diraikan.

Suria FM

Suria FM

Suria FM

Aktiviti Lain di Suria FM sepanjang Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan ini pelbagai aktiviti dijalankan oleh Suria FM. Antaranya ialah ‘Juz Jumbo Suria FM’, gerai jualan bazaar Ramadhan. Gerai ‘Juz Jumbo Suria FM’, kerjasama di antara Suria FM dan Permanis (Tropicana Twister) bertempat setiap hujung minggu di pelbagi lokasi-lokasi di Semenanjung Malaysia, membawa minuman yang dibancuh khas untuk para pendengar setia Suria FM.

Bagi mereka yang ingin pulang ke kampung menaiki bas secara percuma, mereka boleh menyertai peraduan ‘Jom Balik Raya’ di Suria FM hasil kerjasama dengan Ambi Pur, Syahirah dan Minyak Masak Saji. Pendengar hanya perlu mendaftarkan diri di www.suriafm.com.my dan mereka yang terpilih akan berpeluang pulang ke kampung secara percuma selain mendapat duit raya dan barangan hadiah dari penaja. Selain member peluang kepada orang ramai untuk pulang ke kampung secara percuma, Suria FM juga membawakan mesej agar berhati-hati ketika memandu untuk pulang berhari raya dan sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik.

Pendengar setia Suria FM juga berpeluang untuk memenangi telefon berteknologi tinggi; Blueberry CSL dengan menyertai kempen ‘Telefon Ramadhan CSL’ yang akan berlangsung sepanjang Ramadhan ini, mulai 9 Ogos 2010 sehingga 6 September di Breakfast@Suria bersama Halim Othman dan Zizi. Hanya taip semula fakta yang dibacakan dan hantarkan sms tersebut ke 33988. Penghantar sms tepat yang terpantaslah yang akan pulang dengan ‘Telefon Ramadhan CSL’ ini.

Halim dan Zizi juga tidak lupa untuk memberikan anda duit raya! Setiap hari, satu tip mengenai dekorasi rumah bersempena dengan raya akan diberikan oleh Eric Leong melalui “Tips Dekorasi bersama Ambi Pur”. Untuk memenangi wang tunai berjumlah RM300, pendengar hanya perlu menjawab satu soalan berdasarkan tip yang diberikan. Bukan itu sahaja, nantikan penyampai-penyampai Breakfast @ Suria kesayangan anda ini memberikan klu tentang cara untuk memenangi RM5,000 di penghujung bulan Ramadhan nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Majlis Berbuka Suria FM 2010

Celcom Axiata Berhad Retained Double Digit Growth