in

Majlis Beramah Mesra Sahabat Second Life Pictures Filem Gentayangan

Pada 7 Jun (Sabtu), jam 12.30 tengahari telah berlangsung Majlis Beramah Mesra bersama Filem Gentayangan Datangku Dijemput telah diadakan di dewan perjumpaan, Hotel Seri Costa Melaka.

Turut hadir di majlis ramah mesra anjuran Sahabat SecondLife Pictures itu, adalah penerbit Datuk Dr. Zubir, pengarah filem Zulkifli M. Osman, para pelakon Gentayangan antaranya Hasnol Rahmat, Lana Nodin dan Yasmin Hani serta krew pengambaran dan juga ahli Sahabat. Nasir Bilal Khan katanya tidak dapat hadir sebab ‘power’ dah habis. Itu pun pelakon yang datang belum lagi tidur dan berehat memandangkan semalam mereka sibuk berada di lokasi pengambaran di Johor.

Pengambaran filem ini agak banyak dibuat pada waktu malam. Budiey dapat lihat, kebanyakan para pelakon yang datang dengan mata letih, lebam dan tidak cukup tidur. Namun, atas komitmen mereka sanggup berkorban bagi memastikan majlis berjalan lancar. Sekurang-kurangnya, kehadiran mereka memberikan sedikit informasi untuk kami membuat liputan.

Dipengerusikan sendiri oleh PR Sahabat Second Life Pictures, Shahriman Wahap.

Bercakap pasal pengambaran, filem Gentayangan ini bakal menemui penonton pada tahun hadapan. Selain ucapan daripada Sutradara, pengarah Zulkifli M. Osman, penerbit Datuk Dr. Zubir juga turut memberikan sedikit kata-kata aluan.

Ini adalah pengalaman pertama Zulkifli dan beliau begitu berasa terharu atas kehadiran para wartawan yang sedia turun padang untuk mengikuti sesi pengambaran. Mengikut beliau, cerita yang baik, skrip yang bermutu, para palakon yang berkualiti akan menempatkan filem ini lebih dari apa yang dijangkakan. Dalam pada itu, beliau mengharapkan filem ini akan merubah sedikit minda penonton kepada alam mistik dan juga jampi serapah yang diamalkan orang kita.

Pengarah Filem Gentayangan : Zulkifli M. Osman

Beliau turut kagum dan bangga dengan adanya kerjasama krew produksi filem yang digambarkan seperti satu pasukan. Mereka dapat berkongsi pengalaman dan saling memberi idea untuk memantapkan lagi filem ini. Komitmen yang diberikan melebihi apa yang diminta oleh pengarah sendiri.

Ternyata, ramai para pelakon dengan sukarela untuk melakukan sendiri aksi stunt dan tidak menggunakan stuntman. Sebenarnya, ada yang meminta untuk lakukan aksi sepenuhnya tetapi semua permintaan tidak dapat diterima atas langkah-langkah keselamatan.

Dari sudut teknologi CGI, filem ini menyerahkan tanggungjawab kepada Jafri Sani sebagai pengarah CGI yang dahulunya banyak bekerja dalam pembinan iklan. Akan datang, para media akan dijemput untuk melihat sendiri pembuatan proses CGI Jafri Sani.

Menurut Datuk Dr Zubir Haji Yahya pula, beliau begitu yakin untuk mencapai sasaran sebanyak RM10 juta dan ianya bisa menjadi kenyataan. Dengan adanya strategi tertentu dan dikatakan berkesan, filem ini dikatakan akan memberi pulangan untung sebelum filem ditayangkan kepada umum. Dikhabarkan, seramai lebih 1000 usahawan telah bersedia untuk dilantik menjadi pengedar.

Tiada sebab mengapa Zulkifli tidak dapat merealisasikan filem ini di layar perak. Walaupun filem Cinta Yang Satu sebelum ini tidak mendapat sambutan, atas kepercayaan, kriteria disiplin, komitmen, pengalaman Zulkifli, tidak dinafikan pengarah ini adalah antara calon yang terbaik. Setelah menjalani proses sebanyak 45 % pengambaran,  Datuk Dr. Zubir berpuas hati dengan kerja Zulkifli.

Ditanya tentang filem seram yang menjadi sumber, Zulkifli mengakui bahawa beliau banyak dipengaruhi oleh filem seram dari negara Thailand dan Hong Kong. Namun, sekadar melihat dari sudut penataan cahaya, sinematografi yang sememangnya filem luar begitu berkesan di mata penonton. Dari segi intipati pula, pengarah ini masih mengekalkan keaslian dalam mencari keunikan dan mutu dalam karyanya.

Menjawab pertanyaan tentang filem Cinta Yang Satu yang dulunya tidak mendapat sambutan, Zulkifli mengatakan sebagai Sutradara, setiap filem yang dihasilkan adalah menjadi tanggungjawab kepada pengarah.

Datuk Dr. Zubir

Pengalaman berharga buat Lana Nordin, seorang pelakon baru yang banyak mendapat tunjuk ajar dan kerjasama dengan pelakon lain.

 

Lana Nodin

Hasnol Rahmat

Yasmin Hani

 

Bagi pelakon Yasmin Hani pula, beliau merasa cukup menggeletar ketika menjalani pengambaran untuk babak bacaan mantera dan lintasan kermolok serta adegan di mana pintu rumah yang tertutup dengan sendirinya.

Jangan Lupa Tonton Filem Ni Ya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Teater Bukan Dejavu

Gambar Fasha Sandha Pakai Skirt Pendek di Sidang Media FFM21