Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata penggunaan kalimah Allah dalam lirik lagu itu bagi menggambarkan Jesus dan bagi sebarang kekeliruan, pihaknya mengharamkan lagu terbabit daripada berkumandang di negeri ini.
Mais Haramkan Lagu Agnes Monica
“Penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif untuk umat Islam seperti yang termaktub di bawah Bahagian 1 Jadual Kepada Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, sebagai perkataan (Allah) yang tidak boleh digunakan orang bukan Islam.
Sehubungan itu, siasatan akan dilakukan pegawai bertauliah mengenai perkara ini termasuk menarik semula edaran album yang mengandungi lagu berkenaan,”
– Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa
Beliau mengulas mengenai lagu yang mencetuskan kontroversi ‘Allah Peduli’ nyanyian Agnes yang beragama Kristian, malah ia pernah disiarkan menerusi ruangan hiburan akhbar Metro Ahad 8 Mac lalu.
Malah dalam lagu terbabit, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan ‘Sebab Allah Yesus ku mengerti’ kedengaran pada bahagian akhir lagu tiga minit 40 saat itu.
Mohamad Adzib berkata, sesetengah daripada kita tidak faham isi kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi dan ia secara senyap-senyap boleh memesongkan keimanan dan akidah umat Islam.
“Justeru saya minta pihak yang berkenaan sama ada di peringkat pusat supaya memantau isu lirik lagu ini dan mengambil tindakan tegas demi memelihara kesucian Islam,” [sumber]
– Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa