“DAULAT TUANKU: RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADAâ€
PAPARAN ISTIMEWA DALAM MAJALAH 3 SABTU INI
Institusi pemerintahan beraja adalah sumber kekuasaan dan kewibawaan, pemerintah dan kerajaan Malaysia. Rakyat memandang institusi ini sebagai wadah untuk mencari perlindungan, keadilan, menyerahkan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara, sekali gus melambangkan sumber kekuatan dan harapan.
Bersempena dengan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, program dokumentari MAJALAH 3 akan mengetengahkan sebuah topik khas “Daulat Tuanku : Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada†pada hari Sabtu ini, 5 Jun 2010 jam 9.00malam.
TV3 telah mengambil inisiatif dan menjalani rakaman selama setahun yang merangkumi penggambaran eksklusif di istana Raja – Raja Melayu di Malaysia. Seni bina, budaya dan warisan istana turut dipaparkan untuk tontonan seisi keluarga. Hubungan istimewa antara istana dan jelata menjadi tumpuan dokumentari “Daulat Tuanku: Raja dan Rakyat Berpisah Tiada.â€
Antara paparan yang menarik ialah tradisi tarian istana seperti Tarian Asyik Kelantan dan Tarian Gamelan Pahang, mengenali muzik alat kebesaran Raja, nobat dan juga koleksi potret Raja-raja Melayu yang didapati dari dalam dan luar negara yang diabadikan dalam pelbagai bentuk seperti lukisan, warkah, foto, naskah sastera, dan matawang.
Kesemuanya telah membantu pemerintah Melayu membentuk imej tersendiri sebagai pemerintah simbolik negara ini. Hasilnya bukan saja suatu potret peribadi tapi juga menjadi lambang kepada institusi kesultanan sebagai kuasa politik dan sosial.
Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3 “Majalah 3 memberikan kepelbagaian topik dalam paparannya setiap minggu. Kali ini, kami ingin mengajak para menonton untuk lebih mengenali institusi pemerintahan beraja di Malaysia supaya dapat merealisasikan impian tiadanya perpisahan antara Raja dan rakyat.
Bahan-bahan dan koleksi yang ditemui juga merupakan sumber sejarah yang amat berharga dan harus dipelihara dan dipulihara supaya dapat diwariskan kepada generasi yang akan datang.â€
Jangan ketinggalan untuk menonton “Daulat Tuanku: Raja dan Rakyat Berpisah Tiada†pada 5 Jun 2010, jam 9.00 malam di TV3 menerusi program Majalah 3 terbitan Primeworks Studios.