Sekiranya korang ada masalah perut buncit dan inginkan perubahan, cuba lakukan cara-cara yang Budiey gariskan kat bawah ni untuk mengurangkan buncit anda tu.
Perut yang buncit ni pertama sekali buat kita tak selesa dan kedua segan bila orang pandang terutama sekali perempuan. Kalau pakai seluar tu puas lah nak tuck in supaya lemak tak melimpah ruah keluar kan? Ni kami kongsi beberapa cara berkesan nak sorok lemak.
Beli seluar ikut saiz yang bersesuain
Kalau dah tahu banyak lemak terkumpul, janganlah beli seluar jeans yang ketat lagi sendat. Tak bernafas lemak dibuatnya.
Beli seluar high waist
Kalau beli seluar high waist ni, kami gerenti segala lemak dapat disorokkan! Seluar ni seakan macam pakai bengkung kerana potongannya.
Pakai baju longgar dan labuh
Lemak selalunya kat bahagian perut hingga ke pinggang kan. Apa kata korang pakai baju labuh. Banyak baju yang labuh dan stylo.
Pakai seluar bergetah
Seluar bergetah lebih selesa dan buat kaki nampak lebih halus.
Elak Beberapa Jenis Sayur
Kebiasaannya, pakar-pakar nutrisi menasihatkan untuk mengambil sayur sebagai sumber nutrient yang terbaik untuk tubuh badan. Namun, ada sesetengah sayur-sayuran boleh menyebabkan perut anda menjadi buncit. Antara yang perlu dielakkan adalah bawang putih, jagung, brokoli, kubis bunga, bayam dan cendawan butang.
Mengambil Lemon
Lemon merupakan diuretik semula jadi. Mulai hari ini, sentiasalah minum air lemon untuk mempercepatkan proses detox dan juga kempiskan perut.
Makan Pisang
Pisang merupakan salah satu buah yang mempunyai kandungan potassium yang tinggi. Walaupun sering dikatakan boleh menyebabkan mengantuk, pisang mampu bertindak sebagai keseimbangan cecair bagi mengurangkan perut buncit anda tu.
Kunyah Makanan Secara Perlahan
Kunyahan yang perlahan sebenarnya memberi masa untuk perut menghantar isyarat ke otak. Selain makanan tidak dihancurkan dengan betul, perut anda juga akan dipenuhi dengan gasjika makan terlalu cepat.
Rajin Makan Tembikai Susu, Nanas dan Betik!
Selain lemon, tiga jenis buah-buahan ini juga mempunyai kandungan yang boleh melawan pengekalan air dalam badan. Selain itu, nanas dan betik dapat membantu pencernaan dan memecahkan protein.
Berhenti Minum Air Berais
Walaupun anda tidak boleh kurus jika berhenti minum ais, tetapi ia boleh mengempiskan perut. Minuman berais boleh melambatkan proses pencernaan.
Jadi mulai hari ini, kurang-kurangkanlah minuman berais ye. Dan cuba konsisten lakukan 6 perkara ini, confirm boleh hilang perut yang ‘maju ke depan’ tu…