in ,

Mahu Percutian Mewah Pada Harga Berpatutan, SNAP Sahaja di AirAsia

Ribuan tempahan telah dibuat di AirAsia.com dalam beberapa jam sempena Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu

Mahukan percutian mewah pada harga berpatutan? SNAP sahaja di AirAsia.com pada setiap hari Rabu untuk mendapatkan tawaran yang tiada tandingan bagi pakej penerbangan dan penginapan. Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu telah bermula pada 26 Ogos 2020 yang mana lebih daripada 1,000 tempahan telah dibuat dalam masa tiga jam di AirAsia.com, menandakan pemulihan awal sektor pelancongan domestik.

Promosi Istimewa SNAP

Minggu pertama menawarkan resort Vivanta Langkawi di Pulau Rebak dengan pakej penerbangan dan penginapan selama 3 hari 2 malam hanya daripada RM99* seorang, yang mendapat permintaan tinggi.

Minggu kedua pula menawarkan Berjaya Langkawi Resort pada 2 September 2020 dengan pakej penerbangan dan penginapan selama 3 hari 2 malam hanya daripada RM139* seorang. 

Antara tetamu yang telah berjaya menempah promosi SNAP tersebut adalah Nur Aisyah Zakaria dari Ampang, Kuala Lumpur: “Rancangan percutian kami telah terhenti berikutan pandemik. Bagaimanapun, memandangkan situasi yang semakin terkawal dan langkah-langkah keselamatan yang telah dilaksanakan, kami meneruskan rancangan untuk Cuti-Cuti Malaysia. Sudah lama kami tidak bercuti ke Langkawi, dan penginapan di Vivanta akan menjadi memori indah bagi kami sekeluarga. Kami tidak sabar untuk menikmati kemudahan di resort tersebut dan bersiar-siar di sekitar Pekan Kuah.”

Ketua SNAP AirAsia.com, Phoy Yong Hao berkata: “Sambutan yang diterima amat luar biasa. Sebanyak lima buah bilik pada setiap minit terjual sejurus Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu dilancarkan pada hari Rabu di minggu pertama (26 Ogos 2020). Pada minggu kedua, lebih daripada 1,000 tempahan telah dibuat dalam masa tiga jam sahaja. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan hotel kami atas sokongan mereka dan akan terus bekerjasama dengan mereka untuk tawaran yang lebih menarik melalui SNAP. Tidak terhad pada hari Rabu, para tetamu juga boleh menempah pakej penerbangan dan penginapan lain dengan harga terbaik melalui SNAP di AirAsia.com.”

Promosi Istimewa SNAP

Sebagai rakan kongsi hotel pertama untuk SNAP Wednesday Specials, Pengarah Jualan dan Pemasaran Vivanta by Taj Rebak Island Resort, Andy Yow berkata: “Kami berbesar hati kerana dapat  bekerjasama dengan SNAP dalam kempen ini untuk menawarkan pengalaman penerbangan dan penginapan di Vivanta Langkawi kepada para pelancong. Kami berharap kerjasama ini dapat menyumbang ke arah peningkatan tempahan bilik dan kecekapan kos melalui usaha pemasaran bersama. Kami menyedari bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang belum berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Langkawi, oleh itu ini adalah peluang terbaik untuk meneroka pulau ini dan menikmati daya tarikan di Vivanta Langkawi. Kami optimis bahawa permintaan pelancongan domestik akan terus meningkat kerana pengalaman percutian sememangnya tidak ternilai.”

Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu akan berlangsung pada setiap hari Rabu dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang (GMT +8) di laman web dan aplikasi mudah alih AirAsia.com dan akan menawarkan pakej resort mewah terpilih dan penerbangan AirAsia dengan harga yang terbaik. Nantikan Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu seterusnya di AirAsia.com untuk menikmati percutian mewah dengan harga berpatutan.

Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu hanya tersedia untuk hotel yang telah ditentukan terhad mengikut bilik dan tempoh penginapan. Pakej ini sah untuk jenis bilik terpilih dengan penginapan minimum selama 2 malam. Sebarang tambahan akan dikenakan pada harga semasa, dan tertakluk kepada terma dan syarat lain.

Risau tidak sempat untuk menempah pada hari Rabu? Bayar dengan BigPay dan gunakan kod promo “SNAP10” untuk menikmati diskaun 10% bagi penerbangan (tambang asas) apabila anda menempah pakej SNAP pada setiap hari Jumaat hingga Ahad. Promosi ini hanya tersedia di airasia.com mulai 2 September hingga 13 September untuk tempoh perjalanan antara 21 September dan 14 Disember 2020. Untuk mendaftar BigPay layari https://bigpay.app.link/EhUtCqshj9, tertakluk kepada terma dan syarat lain.

Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini AirAsia, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook acebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Harga yang tertera pada bahan promosi adalah untuk setiap orang bagi bilik berkembar dan termasuk semua tambang penerbangan pergi balik dan penginapan selama 3 hari 2 malam, yang mungkin berbeza mengikut tarikh dan ketersediaan. Sekatan tambahan seperti penginapan minimum, tarikh tersedia, ketersediaan bilik dan pembelian awal mungkin dikenakan. Harga yang dinyatakan adalah contoh untuk destinasi dan hotel yang dinyatakan di atas. Sila rujuk terma dan syarat penuh di https://air.asia/w5cq7.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem JEBAT Raih RM1.3 Juta Dalam Tempoh Empat Hari Tayangan

Fazura & Fattah Pilih Untuk Berahsia, Tiada Baby Shower, Gender Reveal, Tiada Akaun IG