in , ,

Mahu Pamer Sisi Dewasa, Wafiy Aan Kembali Dengan Single Terbaharu ‘OTW’

Penyanyi Remaja Popular Muncul Dengan Single Kedua Di Bawah Naungan Label Terkenal Tanah Air Rocketfuel Entertainment

Wajah comelnya sering menghiasi kaca televisyen kita, namun buat penyanyi, pelakon dan pengacara TV remaja popular yang menginjak dewasa, teruna kelahiran Beaufort, Sabah, Wafiy Aan, muncul dengan single kedua di bawah naungan label terkenal tanah air, Rocketfuel Entertainment berjudul ‘OTW’ hasil ciptaan barisan komposer terkemuka negara seperti Omar K, John Jeeves, Iqie Hugh dan juga Wafiy sendiri.

“Sejak menjadi artis Rocketfuel Entertainment, jujur saya katakan perjalanan seni saya lebih teratur dan nampak lebih jelas, walaupun hampir setahun tidak muncul dengan mana-mana single baharu, ini kerana saya mengambil masa untuk memilih material yang bermutu dan baik,” jelas pemilik nama sebenar Mohd Wafiy Ilhan Johan, 21 tahun.

Wafiy - OTW

Di usia muda, Wafiy bakal menerbit dan mengarahkan telemovie-nya sendiri tidak lama lagi. “Seperti mimpi, saya tidak menyangka akan menghasilkan telemovie sendiri kerana ini merupakan salah satu cita-cita saya selain bidang nyanyian yang merupakan keutamaan saya,” tambah Wafiy lagi.

Bercerita tentang single terbaharunya, Wafiy sengaja mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya kerana mahukan sebuah karya yang betul-betul kena dengan jiwanya sekarang. “Lagu ini ibarat transisi saya dari artis kanak-kanak beralih ke fasa lebih dewasa, OTW bermaksud ‘On The Way’ sedang membesar dan kearah yang lebih baik dan juga matang. 

“Sebenarnya lagu ini mempunyai maksud yang besar dan boleh diinterpretasi dalam pelbagai cara, ‘on the way’ hendak jatuh cinta, bertunang, dan bagi saya sendiri, cara saya melihat dunia melalui pandangan mata, bertemu dengan bermacam individu, ada yang baik mahupun sebaliknya, pentingnya menjaga adab, kini dapat bersuara dan sebagainya,” jelas Wafiy.

Lagu berdurasi 3:04 minit ini dalam nuansa pop dansa mempunyai sedikit unsur balada dengan elemen muzik hip-hop ternyata ada tarikannya tersendiri kerana kedengaran ‘trendy’ dan pasti menjadi siulan anak-anak muda zaman sekarang kerana melodinya yang mudah diingati.

Wafiy berkata, “Saya sengaja mahukan sebuah karya yang tidak terlalu berat namun masih menonjolkan sisi dewasa yang sesuai dengan umur saya sekarang, saya mahu sebuah lagu yang ada kena-mengenanya dengan kehidupan orang-orang zaman sekarang, yang boleh ‘trending’ di TikTok, selain memberi semangat kepada pendengar di luar sana.

“Tempoh pembikinan single ini memakan masa hampir 4 bulan lamanya dan saya melakukan proses rakaman sebanyak 2 kali. Selain itu, MV (video muzik) OTW masih lagi dalam proses perbincangan kerana banyak idea yang dicurahkan tidak sabar untuk semua menontonya kelak, namun kami akan melancarkan video liriknya terlebih dahulu.

“Saya berharap pendengar semua akan ‘enjoy’ dan dapat fahami mesej yang cuba saya sampaikan, saya juga menerima segala komen positif mahupun negatif, dan ada juga ‘contest’ untuk peminat-peminat semua, jadi jangan lupa untuk mendengar dan teruskan menyokong!

Menurut Pn. Syakireen Othman, selaku Ketua Music dan Kandungan Rocketfuel Entertainment, “Walaupun di usia muda, Wafiy adalah di antara artis negara ini yang mempunyai potensi besar untuk pergi jauh.

“Bakat yang dimilikinya sedari kecil digilap secara tidak sengaja melalui pengalamannya sepanjang berada dalam industri seni ternyata memberi keyakinan buat dirinya, dan dengan hadirnya single kedua OTW ini dapat lagi melonjakkan nama Wafiy Aan.

Lagu ‘OTW’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala lirik video single ini boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.

WAFIEY AAN

Tajuk : OTW

Artis : Wafiy Aan

Penulis Lirik : Omar K, John Jeeves, Iqie Hugh & Wafiy Aan

Komposer : Omar K, John Jeeves & Iqie Hugh

Terbitan : Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.

(VERSE)

Maaf, aku tak seperti kamu, kamu

Sudah, tak payah menilaiku

Nyata ada rancangan buatku, aku

Sabar mengatur langkah baru

(PRE)

Mampukah tunggu dan tunggu

Sesuatu yang baik akan berlaku di dalam dirimu

Beriku waktu dan satu peluang untuk aku membuktikan pada dirimu

(CHORUS)

Aku tengah

On the way

On the way

Aku tengah

On the way

On the way

Kalau tak percaya tak apa

Bila tiba kau tengok saja

Aku memang

On the way

On the way

Aku memang

On the way

On the way

Sikit lagi sampai ke sana

Korang boleh tunggu aku 

On the way

(VERSE 2)

Green light, red light, aku tetap go

Turn left, turn right, mana yang betul?

Who’s wrong, who’s right?

No one really knows

On the way fo’ sho’

I’m no Touch N’ Go

Takkan terima ‘no’

Rancang dengan tulus, but I wouldn’t tell

Korang jalan lurus, aku gerak L

Hidup bagai petak hitam putih, tiada kelabu

Tetap boleh checkmate kamu, walau tiada ratu

REPEAT PRE & CHORUS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAMSUNG S23 FE

Sertai Samsung #GalaxyTroop & Buka Kunci Ganjaran Epik 60 Hari!

Produk Sistem Muzik Ruark Dilancarkan Dengan Kualiti Terbaik Inovasi Audio