Selepas itu, Caprice telah diganggu dan menerima banyak panggilan daripada bomoh yang tidak puas hati ke atas dirinya. Menerusi perkongsian Caprice, seorang Ustaz telah menjawab telefon bagi pihaknya.
Menurut Caprice, nombor telefon bomoh tersebut dikenalinya kerana pernah menelefonnya tahun lepas dimana bomoh tersebut menuduh Caprice telah menikahi anaknya tanpa pengetahuannya.
Bukan itu sahaja, bomoh yang dikenali sebagai pakcik Nasir dari Rawang itu cuba mendapatkan maklumat akan dirinya seperti alamat rumah dan tempat kerja untuk cuba menyihir melalui telefon pintar.
Ustaz yang menjawab panggilan tersebut menjawab soalan dengan tenang dan cuba ‘psiko’ kembali bomoh tersebut sehingga mengaku dirinya sebenarnya bomoh. Dapat dilihat, bomoh tersebut seperti sudah habis akal dan juga tidak puas hati.
Malah, Caprice juga mahu minta bantuan pihak polis atau mana-mana pihak kerana lelaki yang dikatakan bomoh itu tidak henti-henti menelefonnya. Apakah pendapat anda mengenai isu ini?
Sumber: Vocket