Pelakon berusia 47 tahun itu berkata keputusan untuk bertudung itu sudah disuarakan kepada suaminya sejak tahun lalu dan dia mengotakan janji tersebut.
“Saya memang ada berkongsi dengan suami (ketika itu masih berstatus tunang) mengenai keputusan nak bertudung. Dia ada bertanya bila nak ke arah itu. Saya bagaimanapun menjawab belum pasti lagi bila.
“Cuma ada beri bayangan akan bertudung secara rasmi pada hari pernikahan. Dia pun paling suka dengan apa yang saya bakal lakukan.
“Tanpa bercakap panjang, dia hanya tunduk bersetuju. Alhamdulillah, saya kotakan perkara itu saat kami diijabkabulkan,” katanya.
Dalam pada itu, Syanie berkata dia nekad membuat keputusan untuk bertudung demi menjaga batas dan maruah suaminya selepas bergelar isteri.
“Apa jua keputusan saya lakukan, dia tetap menyokong,” katanya lagi.
Mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu, Syanie mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama erunding kewangan berstatus duda di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).