Minggu yang lalu, Budiey dapat jemputan ke Pelancaran Kempen Brand’s Generasi Hebat yang diadakan di KL Pac, Sentul Timur pada 3 November 2009 jam 3 petang.
Event ni memang happening sebab ada 5 orang selebriti yang telah dilantik sebagai wajah baru Brands. Tahniah semuanya…
Budiey kira usaha Brands untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam mencapai kecemerlangan diri rakyat Malaysia harus dipuji. Bravo! Bravo!
Kempen ini dianjurkan oleh Brands Essence of Chickens atau Pati Ayam Brands!
Korang dah cuba minum Pati Ayam Brands tak?
Kalau korang nak hebat? Minumlah Pati Ayam Brands! Ini bukan sekadar promo tapi ini realiti. Budiey pun dah cuba dan sampai sekarang duk amalkan Pati Ayam Brands. Walaupun mula tu rasa lain macam, tapi bila dah biasa, Budiey rasa sentiasa sihat dan bertenaga.
Yelah, setiap hari kena pergi event dan balik event nak kena update blog pulak. Tapi kalau badan letih, camna nak update blog? Nak tak nak, kena sentiasa pastikan diri kita bersedia dan bertenaga. Tak kira malam atau siang.
Ingat lagi, masa sebulan nak kahwin dulu, ada member hadiahkan pati ayam brands untuk kasi sihat. Kata dia, pati ayam ni boleh memberi tenaga. Tambah dia lagi, Stay alert – Stay awake! Sure punya!
Sekarang, bukan setakat cergas dan sihat tapi anda semua boleh jadi hebat dengan Brands!
Akim memang HEBAT!
Apa itu Generasi Hebat?
Faham-faham ajelah, keadaan persekitaran dunia kita sekarang ni tak berapa sihat, sebenarnya. Dengan perubahan cuacanya, pencemaran udara lagi… macam-macamlah kan.
Dunia kita pun sekarang dah banyak persaingan. Bukan aje dalam hal bisnes tapi korang pun sendiri tahulah macamana. Pendek kata, kita kena bersedia dan bersikap positif. Masing-masing ada bakat dan kebolehan.
Setiap manusia dilahirkan dengan keunikan dan kelebihan masing-masing. Jadi, masa ni lah kita kena cungkilkan bakat terpendam. Sekarang ni, serba serbi nak kena cepat. Lambat sikit, kita kena tinggal. Jadi, bertindaklah dengan minda yang cergas dan cerdas. Selain itu, kita kena cepat reaction dalam setiap kerja kita.
Bagi Budiey, generasi kita sekarang bukan hanya perlu sihat, tapi kena pastikan diri kita juga tampil hebat. Untuk hebat, kita perlu kekalkan diri kita agar lebih aktif dan sentiasa berada di hadapan. Tak boleh undur ke belakang walau seinci pun.
Pendek kata, kena maju dan terus maju. Bukan apa, tengoklah negara lain lebih maju dari kita, jadi, tak nak lah nanti kemahiran kita makin tumpul kan? Kemahiran kena pertajamkan untuk mencapai segala impian. Masa depan kita tidak ditentukan oleh orang lain kecuali kita sendiri yang mengubahnya.
Sebab itulah, kita perlu pastikan diri kita sentiasa hebat. Bukan hanya hebat di luar sahaja tapi di dalam juga. Jadi utamakan pemakanan yang sihat. Sebab itu Budiey amalkan mengambil produk Brands untuk kesihatan luar dan dalam.
Stay alert – Stay awake – Stay smart – Stay Savy! Yea, 4 benda ni penting untuk jadi Generasi Hebat!
Selain itu, Brands dengan kempen Generasi Hebat ini, mahu menerapkan 5 sifat utama untuk menjadi insan yang luar biasa hebat! Iaitu:
Handal & Genius
Mahu handal, fikiran dan minda kena cergas, badan kena sihat. Handal memang ada kaitan dengan diri kita. Sebelum apa-apa, kenali diri kita dan tahu apa matlamat serta keupayaan kita. Barulah kita handal!
Explorasi & Open Minded
Selain itu, kita perlu lebih banyak meneroka (explore) dan juga minda kita kena terbuka. Pendek kata, pendapat orang lain kita kena dengar. Contohi kejayaan orang lain. Kalau mereka berjaya, kita juga boleh berjaya.
Boleh Go-getter
Hidup ini satu percaturan. Kalau boleh dalam setiap perlawanan, kita nak berada di hadapan dan kita adalah pemenang. Itu pentingnya usaha.
Aktif Alert
Pendek kata, untuk jadi Generasi Hebat, kita kena lebih bersedia menghadapi setiap apa yang bakal berlaku.
Tekun – Determined
Jangan cepat putus asa. Orang cepat menyerah kalah biasanya semangat tak berapa kuat. Bila semangat tak kuat, pasti kita akan kalah dengan senang, betul tak?
Apa tunggu lagi, rebutlah peluang keemasan yang ada di hadapan mata kita.
Oh ya, sebelum Budiey terlupa, sebuah lagu ciptaan Audi Mok dan ditulis oleh Shazee Ishak telah diperkenalkan ketika Majlis Pelancaran Kempen Generasi Hebat. Lagu tema untuk kempen ini memang best jugak. Sekali dengar dah rasa BEST! Apa tak bestnya, tengoklah sape yang nyanyi. Akim, Aril, Black, Choo Hou Ren dan Hafiz! Semuanya hebat-hebat!
Serentak dengan itu juga, diadakan satu peraduan menawarkan kepada pemenang percutian bersama bintang – Hafiz, Choo Hou Ren, Aril atau Akim.
Budiey akan terangkan pasal peraduan ni di entri yang lain pula.
Yea, entri akan datang, ada kena mengena dengan ‘tie’ dalam gambar ni… hehehe… tunggu!
Layari www.generasihebat.com.my