in , ,

MAGGI Menzahir ‘Citarasa’ Sebenar Menerusi ‘Air Tangan’ Rakyat Malaysia

Kempen Sah Malaysia MAGGI menghargai ‘air tangan’ rakyat Malaysia yang mencipta dan menikmati sajian citarasa Malaysia

Maggi Meraikan Malaysia, Dari Ladang Ke Kediaman Keluarga, Dibuat Dengan Penuh Bangga Oleh Rakyat Malaysia, Untuk Rakyat Malaysia 

Selama lebih lima dekad, MAGGI telah mendapat tempat istimewa dalam kehidupan rakyat Malaysia. Sejak 1969, produk kegemaran ramai seperti Sos Cili dan Mi 2 Minit MAGGI telah menyatu begitu ramai rakyat Malaysia di rumah, dan menjadi sebahagian penting daripada detik-detik indah mereka menikmati hidangan yang lazat. 

Ikatan istimewa dengan MAGGI telah menyaksikan jenama ini hadir di 9 daripada setiap 10 isi rumah, sekali gus membuktikan MAGGI sebagai jenama kegemaran untuk menunjukkan kasih sayang menerusi ‘air tangan’ yang disediakan dengan sentuhan peribadi dalam setiap hidangan. 

Dalam majlis sambutan hari ini, MAGGI menzahirkan ‘citarasa’ Malaysia sebenar menerusi ‘air tangan’ rakyat Malaysia. Seramai empat penggemar makanan dengan bangganya mengetengahkan ‘air tangan’ masing-masing dengan menyediakan hidangan lazat menggunakan pelbagai produk MAGGI. 

MAGGI Sah Malaysia

Antara yang menarik perhatian ialah gandingan klasik, iaitu Ayam Masak Merah dengan Nasi Tomato yang disediakan secara kreatif dengan sentuhan yang lebih sihat; dan juga transformasi sebungkus paket sederhana Mi Asam Laksa MAGGI kegemaran ramai yang diolah menjadi masakan asli Sabah menggunakan ramuan tempatan, jeruk tuhau.

‘Air tangan’ bukan sahaja bermaksud hasil masakan yang lazimnya disediakan untuk orang tersayang, ia juga mencerminkan keprihatinan dan kesungguhan rakyat Malaysia mengeluarkan setiap produk MAGGI. Sememangnya MAGGI dihasilkan oleh rakyat Malaysia, dengan dua kilang pengeluaran di Selangor dan Sarawak, yang bertekad membawakan citarasa tempatan kepada isi rumah di Malaysia. 

Kami amat berbangga dengan seluruh rakyat Malaysia yang telah membina MAGGI dari generasi ke generasi. Daripada peladang Kelab Cili Nestlé yang bekerja dengan sepenuh hati di kawasan Pantai Timur, kepada cef-cef berbakat, rakan-rakan sekerja yang berusaha gigih di kilang, wakil-wakil jualan, tenaga pekerja promosi produk dan seluruh pasukan komersial kami yang mewakili citarasaterbaikMalaysia, kami amat menghargai jasa anda. Inilah caranya kami dapat membekalkan produk yang memenuhi jangkaan tinggi rakyat Malaysia secara konsisten, dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang,” kata En Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad. 

Sempena sambutan ini, MAGGI mengiktiraf beberapa rakan sekerja berdedikasi yang telah berusaha gigih di belakang tabir untuk menyokong jenama kegemaran ramai ini. Antaranya termasuk penanam cili seperti Noraini binti Ismail, yang sentiasa meningkatkan kemahiran dengan teknik perladangan baharu sejak 23 tahun lepas, untuk memastikan tanah yang diusahakannya sentiasa subur dan menghasilkan cili bermutu tertinggi untuk Sos Cili MAGGI, dan Pengurus Jaminan Kualiti Kilang, Mohd Khusaini Bin Awang, yang sepanjang tempoh 27 tahun lepas telah menjamin kualiti dan konsistensi citarasa Mi Kari 2 Minit MAGGI yang digemari rakyat Malaysia. Penghargaan turut diberikan kepada insan-insan lain dengan kisah penuh inspirasi.

“Kami benar-benar bangga dan bersyukur kerana berpeluang  menjadi jenama sebutan ramai di Malaysia. MAGGI telah mencipta banyak kenangan indah dan manis bagi rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat, menerusi produk yang memberikan citarasa yang digemari ramai. Citarasa ini menjadi kebanggaan jenama MAGGI kerana ia merupakan ‘air tangan’ rakyat Malaysia. Merekalah yang menyediakan sajian dengan penuh kasih sayang dan sentuhan peribadi, yang amat kami hargai. Baik MAGGI Kari telur pecah yang mudah dimasak untuk orang tersayang mahupun Nasi Beriani Ayam untuk majlis kenduri yang menghimpunkan seisi keluarga, semuanya bertujuan mencetus kenangan manis yang dikongsi bersama. Inilah yang menjadikan MAGGI jenama sebenar Malaysia, yang dibuat oleh rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia,” tambah Cik. Ivy Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Sepanjang tempoh sambutan ini, MAGGI menyeru rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah ‘Air Tangan’ mereka sendiri dengan hashtag #MAGGIAirTanganKita dan tag @maggi.malaysia. Hantaran boleh dibuat dalam bentuk gambar atau video yang memaparkan resipi kegemaran atau detik indah dalam kehidupan mereka melibatkan mana-mana produk MAGGI. 

Untuk maklumat lanjut tentang kempen MAGGI® SAH Malaysia, sila KLIK SINI. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PEKIN IBRAHIM

Filem Gemencheh Boys Inspirasi Kisah Benar ‘Enam Jahanam’ Menempa Sejarah

Drama Selami Kehidupan Warga Emas Jangan Panjat Pagar Itu