Mengekalkan dua bintang utamanya iaitu Asif dan Yoe Parey, Syahmi turut membuat kemunculan dengan memegang watak utama sebagai Mael menerusi filem sulung arahannya itu, Mael Totey The Movie. Bagi menghangatkan kemunculan filem pertamanya, Syahmi telah berkongsikan trailer filem itu di Youtube serta laman Facebook miliknya.
Selepas mengeluarkan teaser, Astro Shaw melancarkan trailer pertama filem arahan arahan YouTuber dan pelakon Syahmi Sazli, Mael Totey The Movie. Diterbitkan Syahmi Sazli Production, filem komedi iniakan ditayangkan di Astro First, saluran 480 pada 22 Oktober ini.
Dalam teaser yang dimuatnaik di laman Instagram Astro Shaw, ia memaparkan Mael pergi berjumpa Zaitan selepas diajak berjumpa. Tetapi, disebabkan ingin sangat berjumpa Zaiton, Mael tidak sempat menghabiskan potongan rambutnya – sekaligus memberi gambaran komedi yang bakal disaksikan penonton.
Setakat ini, trailer tersebut telah berjaya mencecah sebanyak 1.2 juta tontonan di laman Facebooknya.
“Nak kritik tiada masalah, tapi yang jadi masalahnya mereka selalu kritik dengan bahasa yang kesat,”
– Syahmi Sazli
Syahmi, 25, atau namanya Muhd Syahmi Sazli yang juga pengarah filem itu berkata, secara jujurnya dia sudah bersedia untuk menerima kecaman terhadap filem sulungnya yang akan ditayangkan menerusi Astro First bermula 22 Oktober ini.
“Sebelum buat skrip pun saya dah tahu orang akan kritik filem ini kerana ceritanya dibuat tanpa ikut standard piawaian sebenar sesebuah filem.
Pelakon saya golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan waktu berlakon ada yang tak tengok kamera, tak ikut skrip dan tak ingat nama watak.
Sudah pasti ia mengundang kritikan dalam kalangan golongan profesional. Maknanya sebelum penggambaran saya dah sedia dikritik kerana menyajikan benda yang orang tak pernah tengok,”
– Syahmi Sazli
Syahmi yang menghasilkan drama pendek membabitkan golongan ini sehingga menjadi fenomena di YouTube berharap mendapat kritikan yang membina untuk kebaikan kariernya yang baru bermula.
“Tiada masalah kritikan untuk saya baiki kualiti filem dan itu saya terima. Sekurang-kurangnya saya tahu apa kelemahan yang boleh saya baiki. Tapi yang ini (pengkritik filem Youtuber) jenis suka keluarkan kata-kata kesat dan itu yang bahayanya. Saya tak boleh buat apa-apa dan akan ambil pendekatan pekakkan telinga sahaja,”
– Syahmi Sazli
Mael Totey The Movie memulakan penggambaran pada 12 Julai lalu dan menelan kos sekitar RM400,000.
Trailer rasmi yang dimuat naik di akaun Youtube Syahmi juga sudah ditonton lebih 210,000 kali dan menjadi antara video yang paling trending di saluran perkongsian video itu.
Mael Totey yang mengisahkan tentang seorang pemuda lurus bendul, Mael berusaha untuk mempelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Namun, konflik tercetus apabila Mael akhirnya jatuh cinta dengan cikgunya sendiri.
Selain Syahmi, barisan pelakon utama lain ialah Asif Suhaimi, Yoe Parey, Emaleen Minhad, Wanie Rohaimie, Yatin dan Bedul. Pelakon pembantu lain pula terdiri daripada Catriona Ross, Husyairi Hussin, Daler Yusof dan Kamarool Yusoff.
Ditanya sasaran kutipan pula, Syahmi berkata, dia tidak memikirkan soal itu.
“Itu soal kedua kerana sememangnya sasaran saya pada tahun ini ialah maju ke hadapan. Impian saya nak beralih arah dari YouTube dan masuk TV atau pawagam Itu tujuan utama saya.
Apabila filem ini dapat masuk Astro First, itu satu kejayaan yang sangat besar buat saya sebagai orang yang bukan bermula dalam bidang ini.
Sekiranya ada rezeki untuk filem seterusnya, barulah saya sasarkan berapa kutipannya pula. Untuk kali ini, dapat masuk Astro First pun dikira kejayaan besar,”
– Syahmi Sazli
Selain mengarah, Syahmi turut menyertai barisan pelakon seperti Asif Suhaimi, Yoe Parey, Emaleen Minhad, Wanie Rohaimie, Yatin dan Bedul. Pelakon pembantu lain pula terdiri daripada Catriona Ross, Husyairi Hussin, Daler Yusof dan Kamarool Yusoff.
*Sumber: Harian Metro