Memetik Kosmo, susulan itu Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengarahkan supaya Rosland Othman dan isteri pertamanya Adibah Abdul Mutalib melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
Perkara itu dimaklumkan peguam syarie Datuk Khairul Anwar Rahmat yang mewakili Adibah selepas pergurusan kes itu. Adibah selaku defendan tidak bersetuju dengan tindakan suaminya untuk bercerai.
“Anak guam kami berpendapat bahawa ikatan perkahwinan selama 28 tahun ini masih perlu dipertahankan dan perkahwinan tidak sewenang-wenangnya dibubarkan.
– Datuk Khairul Anwar Rahmat
“Tapi Alhamdulilah mahkamah telah menerima hujah kami (bantah cerai) dan pihak-pihak perlu melantik JKP supaya hakim syarie sendiri dapat menentukan letak duduknya kes ini,â€
Difahamkan, Rosland dilaporkan mahu meneruskan lafaz cerai hari ini namun dibantah oleh Adibah.
Terdahulu, Adibah berkata dia tidak berhasrat untuk failkan perceraian dan mahu menyelamatkan rumah tangganya.