[dropcap]S[/dropcap]undance Channel mempersembahkan musim ketiga siri televisyen yang paling hangat diperkatakan “Mad Men,” pada 11 Julai ini. Tayangan perdana 13 episod selama sejam setiap satu ini akan berlangsung pada jam 10.00 malam setiap Khamis.
Dunia Kian Gila Bersama Mad Men. Sundance Channel akan mengadakan tayangan musim satu dan dua “Mad Men” secara marathon sebelum tayangan musim ketiganya. Ia akan bermula pada jam 08:00 hari Sabtu, 6 Julai.
Berlatar belakangkan New York pada tahun 1960-an, siri yang sarat dengan provokasi dan godaan ini mengisahkan persaingan tanpa belas kasihan di kalangan mereka yang bekerja dalam industri pengiklanan Madison Avenue. Sejak mula ditayangkan, “Mad Men” melonjak sebagai siri televisyen yang mencuri tumpuan dan telah merangkul pelbagai anugerah, termasuklah Emmy Award untuk Outstanding Drama Series selama empat tahun berturut-turut. Siri ini telah menerima 73 pencalonan utama Emmy dan menggondol 15 anugerah Emmy merentasi pelbagai kategori. Siri ini turut menerima anugerah berprestij Golden Globe Award for Best Television Series Drama selama tiga tahun berturut-turut.
[pullquote align=”right”]Sundance Channel Mempersembahkan Musim Ketiga Mad Men Pada 11 Julai Jam 10 malam.[/pullquote]
“Mad Men” turut menjadi satu fenomena budaya pop apabila ia menginspirasikan minat baharu dalam fesyen, seni dan budaya tahun 60-an. Merakamkan potret masa pada tahun-tahun itu yang penuh sensasi, musim ketiga “Mad Men” menjanjikan satu demi satu kejutan penuh skandal. Barisan pelakonnya akan memukau penonton dengan peristiwa-peristiwa yang menyulami perubahan dramatik sosial pada zaman tersebut.
Musim kedua berakhir dengan berlatar belakangkan Krisis Peluru Berpandu Cuba. Beberapa perubahan besar berlaku di Agensi Pengiklanan Sterling Cooper susulan pengambil alihan oleh firma pengiklanan British PPL (Putnam, Powell & Lowe). Pengarah Kreatif Donald Draper (dilakonkan oleh pemenang Golden Globe Award John Hamm) kembali dari Los Angeles, tempat beliau melarikan diri sewaktu cuba menerima hakikat tentang identiti barunya, selepas menerima berita tentang pengambilalihan tersebut.
Don juga cuba berbaik semula dengan isterinya, Betty (January Jones). Menelusuri hakikat perpisahan di antara mereka, Betty mendapati dirinya hamil dengan anak ketiga mereka, dan lebih mengejutkan, dia telah meniduri lelaki lain dalam satu pejabat di belakang sebuah bar. Apabila Pete (Vincent Kartheiser) mengisytiharkan cintanya kepada Peggy (Elisabeth Moss), Peggy membuat pengakuan meremukkan hatinya apabila mengaku melahirkan satu-satunya anak Pete tetapi menyerahkannya untuk dijadikan anak angkat keluarga lain demi mengejar kerjayanya. Roger (John Slattery) yang bertindak mengikut perasaan meninggalkan isterinya Mona untuk bersama bekas setiausaha Don iaitu Jane. Pada masa sama Joan (Christina Hendricks) sekali lagi berhadapan kekangan jantinanya di tempat kerja dan dalam hubungan peribadinya.
Musim ketiga “Mad Men” ini akan meneroka lebih mendalam hubungan, keluarga dan peranan jantina yang sentiasa berubah menerusi watak-watak yang kompleks dan mencengkam rasa. Jalan cerita siri ini yang mencabar merupakan cerminan kepada ketegangan dalam masyarakat Amerika, mempersoalkan kebiasaan tradisional dan kekecewaan yang terperap di antara lelaki dan wanita.
“Mad Men telah diminati penonton sedunia yang berterusan menikmati perjalanan dan kisah Madison Avenue pada tahun 60-an,” kata Matthew Weiner. “Tayangan siri ini di peringkat antarabangsa menerusi Sundance Channel adalah berita yang menakjubkan. Kami berbesar hati dan teruja dengan penerimaan menakjubkan dari peminat drama ini di seluruh dunia.”
“Mad Men” dibintangi Jon Hamm; January Jones; Vincent Kartheiser; Elisabeth Moss; Christina Hendricks; John Slattery; Bryan Batt; Michael Gladis; Aaron Staton; dan Rich Sommer, dan menampilkan bintang undangan iaitu pelakon pentas dan lagenda layar Robert Morse.
“Mad Men” diterbitkan Lionsgate dengan kerjasama AMC, yang merupakan rangkaian Sundance Channel di US. Turut bersama Weiner adalah penerbit eksekutif Scott Hornbacher (“The Sopranos”); penerbit penyelia Lisa Albert (“Becker”); penerbit bersama Dahvi Waller (“Desperate Housewives”); penerbit Dwayne Shattuck (“Hidden Palms”) dan Blake McCormick (“Swingtown”); dan penerbit bersekutu Marcy Patterson (“Miss Guided”). André and Maria Jacquemetton (“Highlander”); Marti Noxon (“Grey’s Anatomy”); dan Frank Pierson (Dog Day Afternoon) penerbit rundingcara. Pemenang Emmy Award Christopher Manley, ASC (“Prison Break”) pula adalah pengarah fotografi. Pemenang Emmy Award Dan Bishop (“Big Love”) adalah pereka penerbitan dan pemenang Emmy Award Janie Bryant (“Deadwood”) pula merupakan pereka kostum. Malcolm Jamieson (“Damages”) penyunting penyelia sementara Christopher Nelson, A.C.E. (“Lost”) dan Tom Wilson (“Rome”) adalah penyuntingnya.
Sundance Channel juga boleh ditonton menerusi Astro b.yond. Untuk maklumat lanjut, sila lawati:
www.sundancechannelglobal.com/seasia
www.twitter.com/SundanceAsia
https://www.facebook.com/SundanceAsia
http://www.youtube.com/sundancechannelasia
Tentang Sundance Channel
Didedikasikan buat misi pengasas Robert Redford untuk meraikan kreativiti, Sundance Channel adalah destinasi televisyen untuk penonton yang berfikiran bebas dan mencari sesuatu yang berbeza. Berani, berimaginasi dan tidak meragukan, Sundance Channel menawarkan penonton pelbagai filem bebas, dokumentari dan program asli berkualiti tinggi yang menarik perhatian. Selain diedarkan di seluruh Amerika Utara, Sundance Channel juga terdapat di Eropah dan Asia. Dimiliki dan dioperasikan oleh AMC Networks Inc., Sundance Channel adalah jenama magnetik yang dikenali ramai dan tersedia dalam HD dan merentasi pelbagai platform.
Tentang AMC Networks Inc.
Berdedikasi menghasilkan kandungan filem dan program berkualiti selama lebih 30 tahun, AMC Networks Inc. (NASDAQ: AMCX) memiliki dan mengoperasi beberapa jenama popular dan pemenang anugerah dalam televisyen kabel. AMC, IFC, Sundance Channel, WE tv, dan IFC Films menerbit dan mempersembah kandungan yang berbeza, menakjubkan, dan sesuai dengan budaya yang melibatkan penonton merentasi pelbagai platform. Syarikat ini juga mengoperasikan AMC/Sundance Channel Global, satu program perniagaan antarabangsa, dan AMC Network Broadcasting & Technology, syarikat pengedar dan rangkaian servis penuh program asli.