Penyanyi baru, Lynnzay Affandy yang baru-baru ini telah memberikan nafas baru kepada lagu nyanyian Raja Ema yang kini bertajuk JEJAKA IDAMAN 2.0 telah pun bergerak melangkah maju ke hadapan dengan perancangan untuk meriliskan satu lagu berbahasa Inggeris pada bulan depan yang bertajuk ‘Angel Dust’,hasil ciptaannya sendiri.
Bersama kolaborasi dengan rapper underground terkenal yang bernama Tactmatic yang juga merupakan penggubah muzik lagu ini, Lynnzay yakin lagu ini bakal mendapat tempat di hati peminat muzik urban dan ‘dance’ kerana buat julung-julung kalinya penyanyi yang merangkumi kelebihan dalam tarian di Malaysia meriliskan lagu ciptaan sendiri.
Menyentuh soal kemunculannya bersama lagu JEJAKA IDAMAN 2.0,ramai juga yang memberi respon positif.Tidak kurang juga yang negatif.Bagaimanapun,Lynnzay mengambil yang positif dan kekalkan.Ambil yang negatif untuk memperbaiki kelemahan.
Dengar khabarnya Lynnzay bakal mengarah sendiri video muziknya untuk lagu-lagu seterusnya kerana pengalaman video muzik ‘JEJAKA IDAMAN 2.0’ yang di kritik hebat oleh pendengar dan penggemar seni tempatan.Ada yang mengutuk Lynnzay,ada yang mengutuk pihak produksi.Tidak mengapa,semoga Lynnzay muncul dengan video muzik yang lebih hebat untuk lagu seterusnya.Dengan tenang,Lynnzay tidak menoleh ke belakang dan terus maju melakukan promosi lagu ini dan sibuk menyiapkan single seterusnya.
Bagaimanapun, lagu JEJAKA IDAMAN 2.0 telah menarik perhatian pihak ‘Neway Karaoke Outlet’ untuk meletakkan versi karaoke video ini di cawangan-cawangan mereka di beberapa negeri dalam Malaysia.
Sudah menjadi trend masa kini untuk setiap artis yang bergerak secara ‘independent’ atau tidak berada di bawah mana-mana syarikat rakaman, mencipta lagu sendiri dan berjaya meraih populariti seperti Yuna dan band Hujan serta berjaya mempunyai kelompok peminat tersendiri yang menghargai genre lagu-lagu yang di perjuangkan oleh mereka.
Mungkin ramai tidak tahu Lynnzay adalah artis ‘independent’ yang juga bergerak sendiri tanpa bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman.
Walaubagaimanapun,setelah meriliskan ‘JEJAKA IDAMAN 2.0’,ada mulut-mulut nakal mula membandingkan Lynnzay dengan penyanyi yang sudah sedia popular seperti MizzNina,Stacy dan Agnes Monica dari negara jiran,Indonesia.Ini adalah kerana Lynnzay juga berkebolehan menari di samping menyanyi.Berkemungkinan lebih susah untuk bergerak kerana tidak berada seperti MizzNina,tidak mula dari rancangan realiti TV seperti Stacy dan tidak memulakan kareer sebagai pelakon seperti Agnes Monica.
Jadi,dengan ketaranya boleh di lihat Lynnzay sememangnya boleh di gelar ‘one woman army’ kerana memulakan langkahnya dengan pengalaman minor bersama Senoritas untuk menguruskan segala-gala perihal dengan sendirinya bersama pasukan kecil yang di tubuhkan untuk membantu pergerakannya.
Memegang imej yang di ketengahkan oleh Lynnzay yang mungkin sedikit pelik di mata peminat muzik tempatan kerana di ambil dari watak X-Men yang bergelar Rogue bersama rambut yang membuat jalur putih di depan.Dan Lynnzay juga di katakan kelihatan seksi di mata sesetengah orang walaupun tidak berpakaian seksi.Dia menjelaskan bahawa tarian yang di persembahkan ketika menyanyi agak agresif.Mungkin kerana itu,ramai yang berfikiran bahawa gadis berumur 26 tahun ini seksi terutamanya penampilannya di dalam video muzik ‘Jejaka Idaman 2.0’ yang mengenakan salah-satu pakaian berkonsepkan ‘jumpsuit’ corak kulit ular.
Bagi Lynnzay,pakaian yang di kenakan haruslah selesa dan tidak terlalu mendedah supaya memudahkan pergerakan untuk menari. Lynnzay tidak mempercayai untuk di lihat ‘seksi’,harus memakai pakaian yang terlalu mendedah. Baginya, pergerakan ketika menari, penbawaan diri dan personaliti seseorang boleh membuatkan mereka secara ‘natural’nya kelihatan seksi dan masih di hormati. Dengan idolanya seperti Ciara dan Britney Spears, Lynnzay berazam untuk sentiasa memberikan persembahan bertenaga kepada penonton.
Dengan rancangan untuk terus menghasilkan lagu-lagu ciptaan sendiri yang berbahasa Melayu dan Inggeris, setiap dua bulan Lynnzay akan menyajikan para pendengar dengan lagu-lagu baru bersama muzik yang ‘fresh’ dan berkualiti.Ada yang mengikuti kehendak dan citarasa tempatan,ada yang di hasilkan mengikuti taraf antarabangsa seperti lagu terbarunya yang bakal di riliskan pada bulan Ogos ini yang bertajuk,’ANGEL DUST’ ini.Anda boleh dengarkan prebiu pendek lagu ini di sini.
Nantikan persembahan bertenaga Lynnzay yang bakal menggegar anda di kawasan-kawasan terdekat anda dan ketahui perkembangannya di Twitter- @LynnzayAffandy atau Facebook – http://www.facebook.com/LynnzayAffandy