Judul single pertamanya KEPURAANMU bagaikan meniti di bibir peminat seni suara. Vokalnya boleh tahan. Dengar sekali macam Haqiem Rusli dan yang seangkatannya. Tapi Luqman Faiz ada keunikan tersendiri.
Bercerita Tentang Proses Rakaman
Ditemubual oleh wartawan Harian Metro baru-baru ini, penyanyi yang baru sahaja berusia 18 tahun ini sangat bersyukur sebab single pertama mendapat sambutan barik daripada pendengar. Lagu ciptaan tiga komposer iaitu Sirkhan, Rinkarnaen dan Sang Hitam itu turut mendapat tontonan 2.1 juta di YouTube sejak dimuat naik, Ogos lalu.
Menurutnya, maklum balas positif yang diterima daripada peminat di YouTube turut menyuntik semangat buatnya untuk terus menempa nama dalam bidang nyanyian.
“Saya bersyukur kerana single pertama mendapat sambutan baik daripada peminat. Maklumlah, sebagai penyanyi baru, saya masih mencari identiti diri.
“Namun, saya percaya lagu Kepuraanmu memiliki tarikan tersendiri untuk peminat tempatan. Selain sentuhan tiga komposer itu, ia ada elemen R&B dan balada yang memang serasi dengan saya,”
Penyanyi remaja kelahiran Shah Alam, Selangor ini turut menimba pengalaman baru ketika proses rakaman Kepuraanmu sebelum ini.
“Proses rakaman berlangsung selama dua bulan. Kali pertama masuk studio rakaman Nar Records, saya gementar kerana tidak pernah merakamkan lagu di studio sebelum ini.
“Mungkin kerana gementar, saya terpaksa ulang lagu itu sebanyak tujuh kali sehingga penerbit berpuas hati.”
Perancangan Single Kedua Luqman
Ditanya mengenai perancangan single kedua, Luqman yang bernaung di bawah pengurusan Aries Music Production berkata, ia masih dalam proses.
“Buat masa ini, saya sibuk mempromosikan Kepuraanmu terlebih dulu termasuk undangan persembahan. Pada masa sama, saya memang ada perancangan untuk single kedua dan mahu bekerjasama dengan Sirkhan untuk projek lagu seterusnya.
“Sirkhan juga komposer yang mencipta lagu penyanyi popular seperti Wany Hasrita dan Haqiem Rusli,”
Walaupun sudah bergelar penyanyi, Luqman tetap mengutamakan pelajarannya supaya kedua-duanya bergerak seiringan.
Menurut penuntut tahun pertama, Diploma Jabatan Ukur dan Bangunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini, dia juga perlu bijak membahagikan masa antara pelajaran dan nyanyian.
“Minat macam mana pun dalam bidang nyanyian, pelajaran tetap diutamakan kerana ia impian ibu sejak dulu. Selepas ayah meninggal dunia dua tahun lalu, ibu yang juga guru sekolah membesarkan kami tiga beradik. Saya juga mahu memenuhi impian ibu yang mahu melihat saya berjaya dalam akademik.”
Sufian Suhaimi Jadi Idola
Pada masa sama, Luqman juga menjadikan penyanyi terkenal Sufian Suhaimi sebagai idolanya dalam bidang nyanyian.
“Sufian yang beri semangat dan perangsang ketika saya berasa tertekan untuk membahagikan masa antara pelajaran dan nyanyian sebelum ini.
“Penyanyi popular itu menjadi sumber inspirasi dan idola untuk saya melangkah jauh dalam bidang akademik serta nyanyian pada masa depan.”
Semoga Luqman terus sukses dan tak sabar nak dengar single kedua lepas ni. Bolehlah cuba lagu rancak pulak kan?
Sumber: Harian Metro
Lirik Kepuraanmu
Tersingkap Segalanya
Terang Dan bersuluh
Balikkan Kepuraan
Bicara Yang palsu
Memusnahkan Perasaan ini
Terhadapmu
Ternyata Hakikatnya amat memedihkan
Terlucut Semuanya harapan untukku
Kemanakah Sumpah dan setia
Yang Pernah mengikat hatimu padaku
Kau Telah dikaburi
Dengan Sekadar budi dan janji
Yang Telah ditaburi
Hingga Aku terusir
Aku Yang berusaha
Mengharap Kau kan setia
Namun Kau berpaling
Dan Aku tersia
Kemanakah
Sumpah Dan setia
Ternyata Hakikatnya amat memedihkan
Terlucut Semuanya harapan untukku
Kemanakah Sumpah dan setia
Yang Pernah mengikat hatimu
Kau Hancurkan
Segala Janjimu
Kau Telah dikaburi
Dengan Sekedar budi dan janji
Yang Telah ditaburi
Hingga Aku terusir
Aku Yang berusaha
Mengharap Kau kan setia
Namun Kau berpaling
Dan Aku tersia
Kemanakah
Sumpah Dan setia
Yang Pernah mengikat hatimu
Padaku