Baru-baru ini, ketika Luna Maya hadir di majlis tayangan perdana filem Sabrina di GSC 1 Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, para media tak melepaskan peluang untuk bertanyakan tentang isu video seks yang kembali tular tersebut.
Kunci Mulut Adalah Jalan Terbaik
Pelakon Indonesia, Luna Maya memilih untuk mengunci mulut apabila video seks mirip dia dan penyanyi Ariel Noah kembali tular sejak Ogos lalu. Luna enggan mengulas mengenai perkara itu.
“Saya tidak mahu komen. Jika saya beri kenyataan, nanti perkara itu akan diungkit-ungkit lagi.”
Ditanya adakah dia tertekan apabila kisah lampaunya kembali menjadi bualan hangat netizen, Luna hanya menguntum senyuman dan menutup mulut.
Kini, setelah lapan tahun berlalu, kontroversi video porno itu dikatakana bakal dibicarakan kembali oleh pihak pengadilan di Indonesia. Menurut sumber, proses awal perbicaraan itu bakal dilakukan memandangkan kes tersebut telah tergantung selama lapan tahun tanpa selesai dibicarakan.
Laporan Dari Indonesia
Sementara itu, menerusi laporan sebuah portal Indonesia, Bangkapos.com, Luna menganggap apa yang berlaku dalam hidupnya adalah kisah lalu dan dia kini berusaha untuk melupakan serta menjalani apa yang ada di depannya.
“Saya sudah tidak peduli cerita lama. Saya mahu teruskan hidup. Kalau ada yang mahu membantu, Alhamdulillh. Kalau tiada saya okay saja,”
Seperti yang diketahui ramai, nama Luna Maya pernah ‘panas’ apabila video seks dengan bekas penyanyi Peter Pan itu tersebar luas pada 2010.
Ketika itu, Luna dan Ariel sama-sama menafikan mereka terbabit dalam skandal video seks itu.
Sumber: Harian Metro