Wajah Sihat Serlah Kejelitaan Asli
LUMINE® Japan lancar Produk Kecantikan hasil Teknologi Pembentukan Dimensi dan kulit wajah sempurna 3D di Pavilion Kuala Lumpur
Dengan gaya tersendiri, LUMINE® Japan menjemput khas pakar kecantikan kulit wajah, tetamu dan pihak media ke Zang Toi Café. Suasana sesak kompleks membeli-belah di luar tidak menjejaskan tumpuan lebih 60 jemputan untuk menyaksikan rawatan rejuvenasi dan mengembalikan keremajaan kulit dengan lebih dekat lagi.
Berlatar belakangkan kafe pereka fesyen terkenal kebanggaan negara itu, LUMINE® Japan membawa mereka menjejaki sejarah penemuan ekstrak telur ikan Salmon sewaktu Era Meiji lebih 100 tahun lalu apabila nelayan Ryoshi menggunakan telur-telur kecil berharga (ikura) untuk menyembuhkan kecederaan dan melegakan kerengsaan kulit. Hasilnya cukup ajaib apabila kecederaan pulih sepenuhnya tanpa sebarang kesan atau parut. Penemuan itu akhirnya membawa kepada penyelidikan para saintis Jepun sejak 6 tahun lalu untuk menghasilkan serum yang membentuk asas formula terkini LUMINE® Japan ke arah kesihatan kulit juga kejelitaan wajah menggunakan kandungan pembersihan tulen dan asli.
Tampil mengacarakan majlis tidak lain tidak bukan adalah Hannah Tan yang jelita. Beliau membawakan glamor dan keyakinan apabila mewakili jenama kecantikan tersebut dalam membuka lembaran baru dengan membawakan Teknologi Pembentukan Dimensi dan Penyempurnaan Kulit Wajah 3D. Majlis penuh gilang gemilang itu turut menawarkan sesi pemeriksaan kesihatan kulit wajah 3D percuma di mana para tetamu diberi layanan istimewa oleh pakar kecantikan dengan cecair penawar mewah diperbuat daripada royal jelly, cordyceps sinesis, squalane, arbutin, hyaluronic acid, organic pearl coix dan coenzyme Q10. Majlis berkenaan juga merupakan yang pertama dalam siri jelajah Asia, di luar Jepun.
Pada majlis itu, LUMINE® Japan memperkenalkan kaedah rawatan terunggul dalam mengundurkan proses penuaan serta memulihkan kembali kesihatan kulit sejati, dengan rangkaian produk terbukti yang menggabungkan busa penghidratan wajah dan losyen pengimbang untuk menghapuskan kecelaan. Hasil kombinasi dengan esen pemutihan terbukti berkesan sambil mengecilkan pori wajah. Kesemua produk tidak mempunyai bau serta tidak mengandungi pengawet dan pewarna tiruan juga stimulan hormon.
Untuk rejim kecantikan yang lebih intensif, esen pembaikan kulit Advance, krim pelembap mewah Emollient bersama kolegan malam Whitening sebelum tidur membantu mempersiapkan kulit wajah untuk keesokan harinya. Kolagen malam LUMINE Whitening merupakan produk terlaris jualannya di Taiwan, Hong Kong dan Korea Selatan kerana mampu mengurangkan tekanan mental, meningkatkan kualiti tidur di samping memperbaiki kulit pada waktu malam.
Hannah turut mengendalikan sesi bual bicara bersama Presiden FINE (LUMINE JAPAN) Co. Ltd, Nobutsuna Sasaki dan Ketua Pegawai Eksekutif LUMINE® Japan Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika (APMEA), Dr. Tommy Ong mengenai falsafah LUMINE® Japan philosophy dan kesederhanaan aplikasinya yang menambat imaginasi wanita hari ini.
“Kami mempunyai pengikut di Jepun yang setia dengan LUMINE® Japan kerana kami mementingkan bahan-bahan premium dan sukar ditemui dalam produk-produk utama keluaran syarikat,” kata En. Sasaki. “Kami tidak menjual rawatan atau ubat ajaib. Kami menawarkan bukan sahaja aspek penjagaan kulit malah lebih kepada memulihkan kesihatan kulit wajah ke arah kejelitaan optimum asli individu itu sendiri. Setiap aplikasi produk telah terbukti efektif untuk jangka panjang tanpa risiko alergi atau kebergantungan. Kami ingin memberikan yang terbaik kerana bagi seorang wanita, kecantikan dan kebijaksanaan tidak semestinya eksklusif antara satu sama lain begitu juga nilai keyakinan diri.”
“Jika anda gembira dengan penampilan sendiri, anda akan rasa berani dan berkeyakinan tinggi,” tambah Dr. Tommy. “Produk kami mudah, kami tidak menokok-tambah rejim asas penjagaan iaitu membersih dan melembap. Sebaliknya, kami menyediakan formula asli Jepun yang terbukti secara saintifik bagi memperkaya dan merangsang pemulihan epidermis Asia sekali gus mengembalikan kejelitaan asli.”
Kedua-dua tetamu itu turut menjawab pertanyaan-pertanyaan daripada para wartawan yang ingin membongkar topik “Adakah saya memiliki kulit sihat?”. Sejurus kemudian, model jelita berkulit sempurna dijemput naik ke pentas untuk memberi demonstrasi penggunaan Hydrating Facial Foam, Skin Balancing Lotion, Beauty White Essence, Advance Skin Repair Essence, Rich Emollient Moisturizing Cream dan Whitening Night Collagen LUMINE® Japan.
Acara malam itu diakhiri dengan sesi fotografi berkumpulan dan cabutan bertuah yang ditunggu-tunggu para jemputan ramai dengan pelbagai hadiah menarik sumbangan LUMINE® Japan.
Hannah Tan
Mengenai LUMINE® Japan
Bermula sebagai makmal penyelidikan genome kecil pada 1980, FINE Japan menemui khasiat Kaviar dan Ikura dalam penyembuhan kulit dan memperbaiki strukturnya sehingga sempurna dari aspek kesihatan dan kecantikan. Setelah berjaya memahami kandungan aplikasi, mengekstrak dan mengaktifkan khasiat penyembuhan daripada Kaviar, makmal berpangkalan di Osaka itu berjaya ke peringkat global hasil perkongsian antara kedua-dua syarikat di Jepun dan Singapura pada 2006. Jenama LUMINE® Japan mewakili produk dan perkhidmatan kesihatan dan penjagaan kualiti premium yang diperakui berkesan dan bernilai tinggi.