Setiap pasangan pastinya mengharapkan hubungan cinta yang dibina terus kekal bahagia dan harmoni sehingga ke akhir hayat.
Akan tetapi, jika takdir mengatakan jodoh itu tidak panjang, maka penceraian pastinya boleh berlaku buat pasangan suami isteri.
Sebagai wanita yang pernah berdepan dengan kegagalan rumah tangga, Lufya berkata setiap pasangan haruslah menjaga maruah antara satu sama lain dan tidak membuka aib teman hidup masing-masing.
Akuinya lagi, wanita lebih beremosi apabila ditimpa sesuatu masalah serta menghadapi zaman media sosial yang semakin pantas berkembang pada kala ini, pastinya ada yang akan meluahkan perasaan sedih, kesakitan yang dialami di ruangan alam maya.
Ia sekaligus membuatkan seseorang itu telah membuka aib sendiri mahupun keluarga dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar.
Dia berkata demikian ketika rakaman rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran di TV3 pada hari Khamis yang lalu.
Sekadar info, Lufya pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang doktor iaitu Che Muhammad Hafiz pada 2016 namun bercerai pada Jun tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Lana Haura yang kini berusia 2 tahun.