in

Love or Bread Lakonan Joe Cheng & Ariel Lin

Tarikh Siaran: 6 Disember 2008 – 14 Mac 2009
Hari / Masa: Sabtu, 6.30 petang – 8.00 malam
Pelakon Utama: Joe Cheng, Ariel Lin

8TV kini kembali dengan sebuah lagi drama bersiri Mandarin yang cukup menarik. Love or Bread merupakan sebuah drama romantik komedi yang dibawakan khas untuk semua penonton yang sentiasa menanti-nantikan drama-drama popular dari Taiwan!

Love or Bread akan menemui anda pada setiap hari Sabtu jam 6.30 petang bermula 6 Disember 2008 lalu!

“Di 8TV kami hanya menyiarkan yang terbaik khas untuk penonton-penonton kami. Love or Bread merupakan antara drama popular di Taiwan dan kami membuat keputusan untuk menyiarkan drama bersiri ini pada awal bulan Disember ini sebagai hadiah untuk penonton setia 8TV!” ujar Lam Swee Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

Love or Break mengisahkan kisah dua orang individu berbeza yang mempunyai satu matlamat yang sama iaitu untuk mencari wang bagi meneruskan kehidupan masing-masing.

Frank (Joe Cheng) sentiasa berpenampilan seperti orang berada tetapi realitinya Frank hanyalah orang miskin yang banyak menanggung beban hutang kad kredit. Tiada apa yang boleh dibanggakan dalam kehidupan Frank malah beliau terpaksa merayu kepada penghutang supaya memberi lebih masa kepadanya untuk melunaskan hutang-hutangnya.

Berbeza dengan Zheng Shan Mei (Ariel Lin) yang sanggup berkorban melakukan tiga pekerjaan semata-mata untuk menganggu keluarganya. Dia juga menghantar wang kepada teman lelakinya yang masih belajar di Amerika.

Walaupun ditentang oleh ibu dan bapanya, Shan Mei bertekad ke Amerika untuk bertemu dengan teman lelakinya dan merancang untuk berkahwin. Namun apabila berada di Amerika, Shan Mei mendapat tahu yang teman lelakinya telah berlaku curang dan kerana telah kehabisan wang beliau terpaksa pulang semua ke Taiwan.

Shan Mei kemudiannya bertemu dengan Frank dan menginap di rumah yang sama. Berbanding dengan Frank yang pemalas dan tidak bertanggungjawab, Shan Mei pula sentiasa bekerja keras untuk menanggung kehidupannya.

Frank yang pada mulanya membenci perangai Shan Mei yang sentiasa bersungguh-sungguh mencari rezeki akhirnya jatuh cinta dengan keikhlasan hati Shan Mei namun terpaksa merahsiakan perasaan sebenarnya.

Shan Mei akhirnya menemui lelaki idamannya En Hao seorang pemuda yang kaya dan baik hati. Walaupun Shan Mei gembira dengan perhubungannya dengan En Hao di hati Shan Mei sentiasa memikirkan Frank.

Apakah yang bakal terjadi? Adakah Frank dan Shan Mei akan meluahkan perasaan masing-masing? Siapa pula yang berjaya memiliki hati Shan Mei?

Untuk mengetahui kesudahan drama ini, jangan lupa untuk menonton Love or Bread setiap Sabtu jam 6.30 petang hanya di 8TV! Anda juga dapat menonton 8TV di saluran 708 melalui Astro anda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Three Daddies With One Mommy Lakonan Kim Bin Woo, Joo Sang Wook

Sneak Preview Filem Maut Scene Neraka