in , ,

Longhouse Films Memeterai Kerjasama dengan Hairul Azreen & Adrian Teh

Syarikat pelaburan dan penerbitan filem dari Bumi Kenyalang sasar terbang tinggi di mata dunia

Sebuah syarikat pelaburan dan penerbitan filem syarikat yang terdiri daripada pemain peringkat antarabangsa yang berpengalaman dan bersemangat tinggi tekad untuk memenuhi cogan kata mereka, ‘dihasilkan dengan bangga di Malaysia oleh anak Malaysia untuk dunia’.

Ditubuhkan pada tahun 2019, Longhouse Films memperoleh namanya daripada rumah panjang yang berasal dari Sarawak bagi melambangkan watak berbeza dalam memainkan peranan penting di bawah satu bumbung seperti dalam struktur syarikat Longhouse Films itu sendiri.

Inspirasi nama yang diilhamkan daripada tradisi rumah panjang itu merupakan satu warisan penting negeri Sarawak yang melambangkan identiti pengasas Longhouse Films, Jon Chiew sebagai anak Sarawak. Ia membawa maksud berteduh di bawah satu bumbung namun adat bersatu-padu serta menunaikan tanggungjawab masing-masing senantiasa dijunjung tinggi.

Longhouse Films Memeterai Kerjasama dengan Hairul Azreen & Adrian Teh

Jon yang memiliki pengalaman luas bekerja dengan studio utama seperti 20th Century Fox, Universal Pictures dan Sony Pictures. Setelah mencipta nama di industri filem China 23 tahun, kini tiba masanya bagi Jon untuk berkongsi kepakarannya kepada industri filem Malaysia dan bersedia memimpin pasukannya dalam membawa Malaysia ke tahap yang lebih hebat setanding dengan standard antarabangsa.

Watak penting lain untuk Longhouse Films adalah pengarah urusan mereka, Dianne Tan yang merupakan tokoh korporat dan berubah menjadi maestro showbiz dengan memiliki pengalaman pelbagai disiplin.

Longhouse Films mungkin kedengaran masih baharu, namun dalam masa yang singkat sejak penubuhannya, ia memiliki pasukan yang berpengalaman di bawah anak syarikat, MLabs System Bhd yang sibuk dengan barisan projek yang sedang berjalan dan akan datang.

Paling mengagumkan, mereka akan bekerjasama dengan pengarah Adrian Teh, yang terkenal dengan blockbuster 2018 Paskal: The Movie, untuk filem aksi terbarunya Bakara, yang mula penggambaran pada bulan Jun tahun ini dan akan menuju ke teater di Amerika Syarikat dan China siap pada musim panas 2022.

Longhouse Films juga terlibat dalam pelaburan dan pengeluaran beberapa filem seperti ‘Ada Hutan’ yang menampilkan sentuhan pertama pelakon Hairul Azreen sebagai pengarah dibintangi Zahiril Adzim serta sitkom Malaysia My ‘Ofis’ bagi mengungguli penerbitan filem yang membawa identiti tempatan ke pasaran antarabangsa. Semua ini produksi bertujuan untuk memasuki pasaran pada tahun 2021.

Longhouse Films Memeterai Kerjasama dengan Hairul Azreen & Adrian Teh

Kerjasama dengan anak tempatan bertujuan untuk membangunkan satu budaya filem yang tinggi di mana negara bukan sahaja perlu memiliki studio yang berkaliber dan canggih namun pelakon-pelakon serta pengarah filem yang mempunyai prinsip dalam berkarya di Malaysia untuk menghasilkan filem berjiwa tempatan yang bertaraf antarabangsa.

Di peringkat global, Longhouse Films juga merupakan pengedar filem ‘Monkey King: A Hero’s Journey to the West’ yang akan dilancarkan pada Mei tahun ini. Dihasilkan oleh Jon Chiew, filem animasi itu diarahkan oleh bekas animator Disney Chris Bradley dengan pereka watak Marvel Studio, Walter A. McDaniel sebagai pengarah seni.

Pembikinan lain syarikat dalam perancangan termasuklah program idola Korea, ‘Transit Tour’ dan animasi Cina iaitu ‘The Legend of Er Lang’ serta siri romantis ‘Dear Mayang Street’.

Longhouse Films juga akan memainkan peranan penting bagi beberapa projek naskah baharu termasuk salah satu sekuel filem yang paling dinantikan iaitu ‘Hello Mr. Billionaire.’

Dalam pada itu, senarai karya yang panjang adalah bukti keupayaan dan kemampuan Longhouse Films untuk memajukan perkembangan industri filem di Malaysia ke pentas antarabangsa.

Setelah memiliki pengalaman bertahun-tahun dalam industri di luar negara, Jon dan Dianne secara sihat telah berhubung dengan pemain industri di seluruh dunia terutamanya China yang merupakan pasaran filem terbesar di dunia. Ini memberi mereka kelebihan untuk memperkenalkan kandungan dan bakat Malaysia kepada penonton antarabangsa dalam usaha mempopularkan budaya tempatan di luar negara.

Longhouse Films percaya peningkatan penstriman video bakal menjadi prospek masa depan industri filem tempatan dan dunia gara-gara impak pandemik Covid-19 ketika ini.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.longhousefilms.com atau @longhousefilms di Facebook dan Instagram.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mr Bie Bekerjasama Dalam Menjayakan Misi Bantuan Bersama Ustaz Ebit Lew

Dedah Kekasih Baharu di Instagram, Ini Pengakuan Azlee Khairi