Elizabeth, 27, atau Lizzy bagaimanapun tidak pasti sama ada dia bersedia untuk menimang cahaya mata atau tidak.
“Dalam tiga tahun lagi, saya akan menginjak usia 30 tahun. Kebiasaannya dalam industri hiburan tempatan, karier pada usia itu akan menjadi perlahan dan itu adalah fakta.
“Saya adalah anak bongsu dan rata-rata rakan saya tidak melihat saya akan berkahwin. Apapun, saya rasa saya akan bersedia untuk berkahwin namun mungkin tidak bersedia untuk memiliki anak.
“Apabila memiliki anak, kehidupan kita sepenuhnya tertumpu kepada mereka. Sejujurnya, saya tiada terfikir pun untuk menimang cahaya mata,”
– Elizabeth Tan
Dalam pada itu, walaupun memperlahankan karier nyanyian, Lizzy semakin seronok dan berazam untuk mengukuhkan profil seninya menerusi lakonan.
Menurutnya, dia lega apabila semakin banyak tawaran lakonan datang dan mengakui itulah yang diimpikan sejak dari kecil lagi.
“Saya memang sangat seronok jadi pelakon dan tidak tahu bagaimana untuk gambarkannya. Sejak kecil lagi, saya akan cipta senario sendiri untuk berlakon depan cermin.
“Sekarang barulah saya mendapat tawaran yang banyak dalam lakonan dan benar-benar mahu meneroka bidang itu. Lakonan adalah bidang nombor satu paling saya cintai sebenarnya,”
– Elizabeth Tan
Penyanyi lagu Semua Sudah itu juga berazam akan terus mengukuhkan lagi namanya dalam pasaran Melayu namun terbuka untuk melebarkan sayap dalam pasaran Inggeris juga.
“Saya memang akan fokus dalam bidang lakonan Melayu saja sekarang. Saya juga ada cuba hadir uji bakat untuk lakonan bagi pasaran Inggeris namun belum ada rezeki lagi,”
– Elizabeth Tan
Semoga Lizzy cepat-cepat bertemu jodoh yang sesuai dengan citarasanya ya.
Sumber: Harian Metro