Penyanyi Liza Hanim berkongsi berita gembira selepas dia selamat melahirkan anak kelimanya, semalam.
Memberitahu menerusi Instagram, Liza, 40, bersyukur semuanya dipermudahkan serta mengucapkan kasih kepada semua mendoakan kesejahteraannya.
“Allahuakbar!!! Alhamdullilah dengan izinNya, saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam pada jam 11 malam.
“Syukur ke hadrat Allah SWT serta berkat doa kalian semua. Terima kasih semua!!! Alhamdullilah…”
– Instagram Liza Hanim
Terdahulu, Liza berkongsi mengenai kehamilannya itu pada Oktober lalu dan tidak menjangka diberikan rezeki hamil lagi.
Liza yang berkahwin dengan bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Mohamed Samsudin dikurniakan empat cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 15, Marissa Qalreen, 9, Mohamed Salahuddin, 7, dan Mohamed Ibrahim, 3.