Setelah sidang media Hanez Suraya berlangsung, laman sosial semakin kecoh dengan berita dan perbincangan isu kontroversi Hanez Suraya yang katanya merampas suami orang. Hari ini, apabila berita tentang Hanez Suraya mahu isteri kepada kekasihnya minta maaf terus mendapat kecaman daripada orang ramai.
Semalam juga Budiey ada laporan sebuah akhbar tempatan telah melaporkan, isteri kepada kekasih pelakon Hanez Suraya iaitu Nurliyana Manan enggan memohon maaf secara terbuka kepada aktres itu seperti yang diminta. Menurut laporan, Liyana Manan yang sudah lapan tahun bergelar isteri Mr R sekarang ini masih lagi belum bercerai dengan lelaki bergelar Mr. R atau nama sebenarnya Romie Razizan Adilha.
“Kenapa saya perlu meminta maaf? Sepatutnya, dia yang perlu memohon maaf pada saya. Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam macam lagi.”
“Saya masih isteri Romie, belum bercerai lagi. Itu hakikatnya. Apabila saya bersuara dan tampil kemukakan bukti, saya pula dipersalahkan. Saya tidak kisah jika Hanez dan suami nak berkahwin, tapi biarlah kes penceraian kami selesai dulu. Tidak guna hidup bersama lagi dengan suami bersikap dingin, lalai serta tidak sayang kepada isteri dan anak anak.”
Liyana Manan jugga berkata, sikap curang suaminya dengan perempuan lain bukan perkara baru dan turut tidak menafikan yang pernah menuntut cerai pada tahun 2011 atas sebab sama dan kali kedua pada tahun lalu.
sumber : Berita Harian