Selebriti terkenal Liyana Jasmay diberitakan telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada pukul 7.40 malam, pada Isnin, 12 Mei semalam. Berita disampaikan oleh ibunya, Datin Habsah Simpon kepada sebuah portal, Liyana yang kini berada di Pusat Perubatan Prince Court dekat sini, bersalin secara normal dan kini berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar Liyana dimasukan ke Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad kerana sudah ada tanda-tanda untuk bersalin. Kira-kira pukul 7.40 malam Isnin dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram secara normal.”
Tambahnya, buat masa ini Liyana masih belum memberitahu nama yang dipilih untuk diberikan kepada bayi sulungnya itu.
Liyana mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan, 30, pada 2 Februari 2013 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Seri Pacific, dekat sini.
Tahniah buat Liyana Jasmay dan suami. Semoga bayi yang dilahirkan sihat. Pasti ramai peminat tak sabar nak tengok gambar bayi sulung Liyana Jasmay. Mestila comel macam ibu dan ayah juga.